Memaparkan catatan dengan label hadith. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hadith. Papar semua catatan

Selasa, 8 Oktober 2013

Nabi Seorang Vegetarian ?

Mengikut The Vegetarian Resource Group, vegetarian ialah golongan yang tidak menjamah kesemua jenis daging haiwan termasuk ikan dan binatang ternakan. Golongan yang paling ekstrem daripada kalangan mereka juga tidak pernah menjamah ataupun memanfaatkan kesemua produk-produk berasas haian seperti susu, keju, telur, madu lebah, sutera, bulu dan kulit binatang. Daripada kalangan vegetarian terdapat juga kumpulan yang dikenali sebagai lacto-ovo vegetarian. Mereka memanfaatkan telur dan susu binatang.

Sabtu, 5 Oktober 2013

Tradisi Ruqyah

Dalam Islam, ruqyah adalah singkatan daripada perkataan ruqyah syariah. Ini adalah amalan Nabi Muhammad SAW dan orang lain boleh mengamalkan ruqyah berdasarkan beberapa hadith shahih. Secara ringkasnya, ruqyah adalah pembacaan ayat-ayat Quran ataupun berdoa kepada Allah SWT bagi menyembuhkan penyakit orang lain atau penyakit sendiri.

Rabu, 2 Oktober 2013

Anda Cirit-Birit ?

Abu Said Al-Khudri melaporkan seorang pemuda datang kepada Nabi SAW dan berkata, "Saudaraku menderita sakit perut." Nabi SAW berkata kepadanya, "Beri dia madu." Orang itu datang untuk kali kedua dan Nabi SAW berkata kepada pemuda itu, "Beri dia madu." Pemuda itu datang untuk kali ketiga dan Nabi SAW berkata, "Beri dia madu." Pemuda itu kembali lagi dan berkata, "Aku sudah memberi dia madu." Lalu Nabi SAW berkata, "Allah mengatakan yang sebenarnya, tetapi perut saudara kamu berbohong. Biarkan dia minum madu." Maka, pemuda itu memberi saudaranya minum madu dan kemudian saudaranya itu sembuh.
(Shahih Bukhari - Bilangan 7, Buku 71, Nombor Hadith 588)

Daripada hadith itu, jelas bahawa jumlah pengambilan madu ketika dua kali yang pertama tidak cukup bagi menyembuhkan sakit, sehingga Nabi SAW memerintahkan saudara pemuda itu meminum madu sebanyak tiga kali. Bersyukur kepada Allah SWT, kemudian kita sembuh. Peristiwa itu adalah contoh terbaik yang menunjukkan kita memerlukan dos yang tepat bagi menyembuhkan penyakit. Dengan kata lain, sekiranya satu sudu makan madu tidak boleh menyembuhkan penyakit, maka minum lagi dan lagi sehingga cirit-birit berhenti.



Rasulullah Is My Doctor karya Jerry D. Gary (2013)


Selasa, 10 September 2013

Daripada Mata Datanglah Buta

Baru-baru ini pakar-pakar psikologi dari Amerika mendapati mereka ynag suka melihat gambar-gambar lucah ataupun yang berunsurkan seks boleh menjadi buta. Penemuan ini adalah berdasarkan kajian yang dilakukan oleh David Zald dari Universiti Vanderbilt di Nashville, Tennessee dan Marvin Chun serta rakan-rakannya dari Universiti Yale di Connecticut. Hal ini mungkin disebabkan proses sekatan maklumat yang berlaku dalam otak kesan daripada pengaruh emosi yang berpunca daripada imej erotik atau lucah yang dilihat. Keadaan buta ini berlaku hanya seketika, iaitu beberapa saat, namun ia dapat menyebabkan kemalangan jalan raya sekiranya ia berlaku ke atas pemandu yang terkesan dengan papan-papan iklan yang mengandungi gambar-gambar lucah ditepi jalan. Perkara ini dilaporkan di NewScientist.com News Service bertarikh 12 Ogos 2005 dibawah tajuk Erotic Images Can Turn You Blind. 

Selasa, 20 Ogos 2013

Masa Iqamat Dilaungkan

Apabila iqamat dilaungkan, seseorang itu tidak boleh mengerjakan sebarang solat sunat disebabkan solat fardu yang menjadi keutamaan. Hal ini dinyatakan oleh Imam Muslim melalui hadisbdalam Sahih Muslim :
Daripada Abu Hurairah r.a., daripada sabda Nabi SAW: Apabila solat hendak didirikan, tiada lagi solat melainkan solat fardu.

Jumaat, 16 Ogos 2013

Sejarah Azan

Azan mula diamalkan oleh orang Islam pada tahun pertama Hijrah. Dalam hadis yang diriwayatkan al-Bukhari dan Muslim daripada Ibn Umar r.a: Pada mulanya ketika orang Islam berhijrah ke Madinah, mereka berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan solat. Ketika itu tidak ada orang yang menyeru (melaungkan azan) untuk menunaikannya.

Isnin, 5 Ogos 2013

Peluntur Dosa

Kita yang bertungkus lumus bekerja sepanjang hari akan mandi beberapa kali untuk menyingkirkan kekotoran dari tubuh. Selepas bangun tidur juga kita mandi untuk mengembalikan kecergasan dan stamina selepas beberapa jam berehat. Ketika cuaca panas pada waktu tengahari, kita mandi lagi untuk menyejukkan badan dan selepas asar kita mandi lagi untuk membersihkan diri sebelum berehat pada waktu malam. Bayangkan dengan purata 3 kali sehari mandi tubuh kiota sudah bersih dan segar, bagaimana pula jika mandi 5 kali sehari ? Solat fardu 5 kali sehari semalam adalah ejen peluntur dosa-dosa ringan yang paling efisyien.

Ahad, 4 Ogos 2013

Rasullullah Sebagai Ketua Keluarga (Suami Penyayang)

Baginda SAW merupakan suami yang sangat adil dengan isteri-isterinya sehinggakan isteri-isterinya berlapang dada dengan setip keputusan yang diputudkan oleh Baginda SAW. Walaupun Baginda SAW amat menyayangi Khadijah berbanding isteri-isterinya yang lain, tetapi Baginda SAW tidak pernah lupa akan tanggungjawabnya sebagai suami kepada isteri-isterinya. Ister-isteri Rasulullah SAW yang lain akur kepada kecintaanya yang lebih kepada Khadijah kerana pengorbanan wanita itu kepada Baginda seawal kebangkitannya sebagai Rasul Allah SAW dan juga pengorbanan yang telah dicurahkan sama ada melalui harta, tenaga mahupun nyawa. Baginda SAW sering bergurau senda dengan ister-isterinya yang lain dan tidak pernah makan sendirian melainkan bersama isterinya. Aisyah r.a meriwayatkan dalam sebuah hadis, bahawa sesungguhnya Baginda SAW pernah mandi bersama dengannya dalam satu bijana (bekas). Baginda SAW juga akan meminta izin para isterinya apabila ingin melakukan qiyamullail dan sering mengejutkan para isterinya apabila Baginda SAW bangun malam untuk solat terutama pada bulan Ramadhan.


Rusydi Ramli Al-Jauhari Biografi Agung Rasulullah SAW (2012)

Jumaat, 2 Ogos 2013

Wanita Tidak Disebut Dalam Al-Quran ?

Hadis daripada Ummul Mukminin Ummu Salamah:
Satu hari beliau bertanya kepada Rasulullah:"Mengapa kami kaum perempuan tidak disebutkan (keutamaannya) dalam Al-Quran sebagaimana kaum lelaki?" Kata Ummu Salamah:"Rasulullah tidak segera menjawab. Namun, pada waktu yang lain, saya lihat baginda berdiri di atas mimbar. Ketika itu, saya sedang menyisir rambut. Sesudah selesai menyisir rambut, saya masuk ke dalam salah satu kamar di rumahku. Saya mendekatkan pendengaranku pada atap masjid yang ketika terbuat daripada pelepah kurma, dan posisinya dekat dengan mimbar masjid. Saya mendengar Nabi bersabda:
"Wahai manusia, sesungguhnya Allah berfirman dalam kitab-Nya: Sesungguhnya orang Islam lelaki dan perempuan, dan orang yang beriman lelaki dan perempuan, dan orang yang taat lelaki dan perempuan dan orang lelaki serta orang perempuan yang benar, dan orang lelaki dan orang perempuan yang sabar, dan orang lelaki dan orang perempuan yang khusyuk, dan lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, dan lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatan mereka dan orang lelaki serta orang perempuan yang banyak menyebut nama Allah, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar (surah al-Ahzab:35)."
(Riwayat Ahmad, an-Nasaie dan al-Hakim yang menilainya sahih berdasarkan kriteria Bukhari dan Muslim)
Ini menggambarkan cara Al-Quran memberikan ketenangan kepada kaum wanita dan menghilangkan kegelisahan dan keraguan mereka yang mengungkapkan darjat dan kedudukan wanita dalam Islam tiada perbezaan dalam usaha menggapai kedudukan tertinggi dalam agama serta dalam memperoleh pahala dan keampunan Allah.


Ustaz Mohd Kazim Bin Elias Al Hafiz, Nordin Bin Jaafar Berbahagialah Wahai Wanita (2011)