Rabu, 2 Oktober 2013

Anda Cirit-Birit ?

Abu Said Al-Khudri melaporkan seorang pemuda datang kepada Nabi SAW dan berkata, "Saudaraku menderita sakit perut." Nabi SAW berkata kepadanya, "Beri dia madu." Orang itu datang untuk kali kedua dan Nabi SAW berkata kepada pemuda itu, "Beri dia madu." Pemuda itu datang untuk kali ketiga dan Nabi SAW berkata, "Beri dia madu." Pemuda itu kembali lagi dan berkata, "Aku sudah memberi dia madu." Lalu Nabi SAW berkata, "Allah mengatakan yang sebenarnya, tetapi perut saudara kamu berbohong. Biarkan dia minum madu." Maka, pemuda itu memberi saudaranya minum madu dan kemudian saudaranya itu sembuh.
(Shahih Bukhari - Bilangan 7, Buku 71, Nombor Hadith 588)

Daripada hadith itu, jelas bahawa jumlah pengambilan madu ketika dua kali yang pertama tidak cukup bagi menyembuhkan sakit, sehingga Nabi SAW memerintahkan saudara pemuda itu meminum madu sebanyak tiga kali. Bersyukur kepada Allah SWT, kemudian kita sembuh. Peristiwa itu adalah contoh terbaik yang menunjukkan kita memerlukan dos yang tepat bagi menyembuhkan penyakit. Dengan kata lain, sekiranya satu sudu makan madu tidak boleh menyembuhkan penyakit, maka minum lagi dan lagi sehingga cirit-birit berhenti.



Rasulullah Is My Doctor karya Jerry D. Gary (2013)


Tiada ulasan: