Memaparkan catatan dengan label nabi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nabi. Papar semua catatan

Ahad, 4 Ogos 2013

Rasullullah Sebagai Ketua Keluarga (Suami Penyayang)

Baginda SAW merupakan suami yang sangat adil dengan isteri-isterinya sehinggakan isteri-isterinya berlapang dada dengan setip keputusan yang diputudkan oleh Baginda SAW. Walaupun Baginda SAW amat menyayangi Khadijah berbanding isteri-isterinya yang lain, tetapi Baginda SAW tidak pernah lupa akan tanggungjawabnya sebagai suami kepada isteri-isterinya. Ister-isteri Rasulullah SAW yang lain akur kepada kecintaanya yang lebih kepada Khadijah kerana pengorbanan wanita itu kepada Baginda seawal kebangkitannya sebagai Rasul Allah SAW dan juga pengorbanan yang telah dicurahkan sama ada melalui harta, tenaga mahupun nyawa. Baginda SAW sering bergurau senda dengan ister-isterinya yang lain dan tidak pernah makan sendirian melainkan bersama isterinya. Aisyah r.a meriwayatkan dalam sebuah hadis, bahawa sesungguhnya Baginda SAW pernah mandi bersama dengannya dalam satu bijana (bekas). Baginda SAW juga akan meminta izin para isterinya apabila ingin melakukan qiyamullail dan sering mengejutkan para isterinya apabila Baginda SAW bangun malam untuk solat terutama pada bulan Ramadhan.


Rusydi Ramli Al-Jauhari Biografi Agung Rasulullah SAW (2012)

Jumaat, 2 Ogos 2013

UAI LIVE

Manusia dan jin ada balasan di akhirat. Sehebat-hebat jin, semulia-mulia manusia. Mulianya manusia, kerana dalam kalangannya menjadi nabi dan rasul. Rasul adalah mulia, ikut rasul jadi mulia. Bila rasul itu mulia dan hebat, maka yang ikut pun jadi hebat juga. Bila kita dah tahu kualiti yang paling mahal dan tiada tandingannya adalah nabi dan rasul, kenapa perlu kita cari perbandingan yang lain ? Tak elok dibuat perbandingan. Nabi kita, Muhammad SAW. Didatangkan sebagai nabi dan rasul akhir zaman untuk mengajak manusia jadi baik membawa rahmat ke seluruh alam. Nak bersatu. bersatulah atas nama agama Allah SWT yang dibawa baginda SAW. Nak berhukum, ikutlah landasan yang telah dibawa oleh baginda SAW. Ikutlah apa yang diperintahkan bulat-bulat, ikutlah secara taat.



Kartunis Athool Da'i Berhikmah Generasi Berhemah: Ustaz Azhar Idrus (2013)

Zaman Remaja Rasulullah SAW

Aku dulu menggembala kambing penduduk Makkah dengan upah beberapa qirath. Aku tidak pernah inginkan sesuatu yang biasa mereka lakukan di zaman jahiliah kecuali dua, ketika itupun dicegah Allah. Setelah itu aku tidak pernah menginginkannya lagi sehingga Allah memuliakan aku dengan risalah kenabian. Aku pernah berkata kepada temanku yang sama-sama menggembala kambing, "Tolong jagakan kambing-kambingku kerana aku ingin berjalan-jalan di kota Makkah." Ketika aku sampai di rumah pertama kota Makkah, aku terdengar nyanyian lalu aku bertanya, "Apa ini?" mereka berkata, "Pesta." Lalu aku duduk mendengarnya tetapi kemudian Allah menutup telingaku lalu aku tertidur dan hanya tersedar bila terkena bahang matahari keesokannya. Lalu aku pulang menemui temanku. Pada malam berikutnya sekali lagi aku ingin mengulangi perbuatanku namun terjadi sedemikian rupa sekali lagi. Setelah itu aku tidak pernah menginginkan keburukan.


Rusydi Ramli Al-Jauhari Biografi Agung Rasullullah SAW (2012)