Daripada Abu Hurairah r.a., daripada sabda Nabi SAW: Apabila solat hendak didirikan, tiada lagi solat melainkan solat fardu.Iqamat dilaungkan selepas azan dan sebelum mengerjakan solat fardu yangHal ini sama keadaannya apabila dia ingin mengerjakan solat jamak, dia hanya perlu melaungkan azan sekali dan beriqamat pada setipa solat. Hal ini berdasarkan kepada sebuah hadis yang memerihalkan prbuatan baginda SAW:
Daripada Jaafar bin Muhammad daripada ayahnya, bahawa Nabi SAW solat Zuhur dan Asar dengan satu azan di Arafah dan baginda tidak bertasbih antara keduanya (kedua-dua waktu solat) dan dengan dua iqamat. Baginda SAW mendirikan solat Maghrib dan Isyak secara jamak (mengumpulkan keduanya) dengan satu azan dan dua iqamat serta tidak bertasbih antara keduanya. Hadis Riwayat Al-Baihaqi dan Abu DaudManakala solat yang digalakkan untuik didirikan secara berjemaah seperti solat sunat Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha, solat sunat gerhana, solat sunat mohon hujan (Istisqa') dan solat sunat Tarawih, dilaungkan lafaz "assolatu jamiah" sahaja. Ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim :
Daripada Aisyah bahawa gerhana telah berlaku pada zaman Rasulullah SAW, apabila baginda SAW menyeru assolatu jamiah manusia pun berkumpul. Latas baginda SAW bergerak ke hadapan, bertakbir dan mendirikan solat sebanayk empat rakaat iaitu didirikan solat dengan dua rakaat (dikerjakan sebanyak dua kali) serta empat sujud.Selain daripada solat diatas, ada solat yang tidak didirikan secara berjemaah, iaitu tidak disunatkan untuk melaungkan iqamat seperti solat Duha, solat Nawafil (solat sunat sebelum dan selepas solat fardu), solat jenazah dan sebagainya. Dalam situasi tertentu, menjawab iqamat adalah sama seperti azan dalam beberapa keadaan, antaranya:
- Jika seseorang itu berada di dalam solat sedangkan iqamat dilaungkan, dia tidak perlu menjawabnya di dalam solat bahkan hukumnya adalah makruh. Dia hanya perlu meneruskan solat dan menjawabnya setelah selesai solat.
- Apabila seseorang itu berada di dalam tandas, dia tidak perluk menjawabnya melainkan setelah keluar dari tandas.
- Apabila seseorang sedang membaca al-Quran, mempelajari ilmu, mengulangkaji dan sebagainya, dia hendaklah menghentikan perbiatannya seketika dan menjawab iqamat tadi. Sekiranya dia tidak sedar atau terlupa, dia boleh mnejawabnya setelah selesai muazin melaungkan iqamat.
Namun, terdapat 5 patah perkataan yang menyebabkan solat seseorang itu terbatal jika dia menyebutnya di dalam solat dalam keadaan dia mengetahui dan secara sengaja. Sekiranya dia jahil atau terlupa, dia boleh dimaafkan. Apakah perkataan-perkataan itu ? Apakata pembaca menjawabnya dengan meninggalkan komen dibawah...... (kalo ada yang bole menaip dalam jawi lagi best)
Petikan dari Ensiklopedia Solat: Kombinasi Fakta Hukum dan Sains
Tiada ulasan:
Catat Ulasan