Baginda SAW merupakan suami yang sangat adil dengan isteri-isterinya sehinggakan isteri-isterinya berlapang dada dengan setip keputusan yang diputudkan oleh Baginda SAW. Walaupun Baginda SAW amat menyayangi Khadijah berbanding isteri-isterinya yang lain, tetapi Baginda SAW tidak pernah lupa akan tanggungjawabnya sebagai suami kepada isteri-isterinya. Ister-isteri Rasulullah SAW yang lain akur kepada kecintaanya yang lebih kepada Khadijah kerana pengorbanan wanita itu kepada Baginda seawal kebangkitannya sebagai Rasul Allah SAW dan juga pengorbanan yang telah dicurahkan sama ada melalui harta, tenaga mahupun nyawa. Baginda SAW sering bergurau senda dengan ister-isterinya yang lain dan tidak pernah makan sendirian melainkan bersama isterinya. Aisyah r.a meriwayatkan dalam sebuah hadis, bahawa sesungguhnya Baginda SAW pernah mandi bersama dengannya dalam satu bijana (bekas). Baginda SAW juga akan meminta izin para isterinya apabila ingin melakukan qiyamullail dan sering mengejutkan para isterinya apabila Baginda SAW bangun malam untuk solat terutama pada bulan Ramadhan.
Rusydi Ramli Al-Jauhari Biografi Agung Rasulullah SAW (2012)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan