Diskusi perbezaan makna antara "tahu" dan "sedar" *S=Soalan, J=Jawapan
J : Tahu di akal sedar di hati.
S : Maaf, tak jelas. Apa maksudnya ?
J : Dengan akal kita mnegetahui sesuatu tetapi hanya dengan hati kita menyedarinya.
S : Masih kabur...
J : Kebanyakan manusia tahu dia hamba Allah tetapi tidak sedar di hamba Allah. Akibatnya ramai manusia sanggup melakukan kejahatan walaupun tahu sebagai hamba Allah tidak sewajarnya dia berbuat demikian. Itulah akibat hanya tahu tapi tak sedar. Dan itu jugalah punca orang melakukan kejahatan walaupun ilmu agamanya melangit. Belajar tauhid sekadar hafalan bukan penghayatan.
S : Bagaimana kita nak sedar ?
J : Pindahkan ilmu yang dikepala ke dalam hati. Kita mestilah mendidik bukan sekadar mengajar.
S : Apa bezanya mendidik dan mengajar ?
J : Mendidik ialah dengan mengajak, mendorong, membimbing dan memantau. Mengajar pula dengan memberitahu, memahamkan dan menyampaikan.
S : Boleh berikan contoh ?
J : Mengajar sembahyang ialah dengan menyampaikan ilmunya tentang sah, batal, rukun dan syarat. Hasilnya kita tahu sembahyang. Mendidik lebih kepada mengajak sama-sama bersembahyang dengan menjadi role-model. Jika malas, kita dorong, jika salah, kita perbetulkan.
S : Oh, mahu bersembahyang, bukan sekadar tahu sembahyang. Saya pernah dengar ungkapan Inggeris - 'I need to pray' berbanding 'I have to pray'. Macamana tu ?
J : I need to pray lebih baik kerana datang dari kerelaan manakala I have to pray lebih kepada paksaan. Ibadah dengan rela lebih baik dengan terpaksa.
S : Bagaimana dengan paksa rela ?
J : Mendidik manusia begitulah. Mula-mula paksa dulu, lama-lama insyaallah timbul rela. Alah bisa tegal biasa. Itulah prinsip mendidik. Pertama menyampaikan, kedua membimbing. Jika belum berkesan, tingkatkan dorongan. Jika belum juga berjaya, baru guna hukuman. Paksa. Bahkan, dibolehkan memukul. Bukan untuk menyakiti tetapi mendidik.
Pahrol Mohd Juoi Beduk Diketuk (2011)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan