Sabtu, 5 Oktober 2013

Tradisi Ruqyah

Dalam Islam, ruqyah adalah singkatan daripada perkataan ruqyah syariah. Ini adalah amalan Nabi Muhammad SAW dan orang lain boleh mengamalkan ruqyah berdasarkan beberapa hadith shahih. Secara ringkasnya, ruqyah adalah pembacaan ayat-ayat Quran ataupun berdoa kepada Allah SWT bagi menyembuhkan penyakit orang lain atau penyakit sendiri.



Doa perlu dilakukan oleh seorang Muslim dalam keadaan berwuduk. Doa dilakukan dengan meletakkan tapak tangan kanan di tempat yang sakit ataupun pada dahi pesakit sekiranya mampu. Doa yang dibaca tidak boleh mengandungi kata-kata yang tidak difahami dan tidak boleh ditujukan kepada selain daripada Allah SWT. Haram juga untuk kita meminta daripada sesuatu kuasa penyembuhan yang diyakini mampu menyembuhkan penyakit selain Allah SWT. Semua tindakan itu termasuk dalam perbuatan sihir ataupun syirik, ialah salah satu daripada perbuatan yang menyebabkan dosa besar dalam Islam.

Orang yang melakukan ruqyah dan pesakit wajib sama-sama percaya, penyembuhan berasal daripada Allah SWT dan bukan daripada orang yang berdoa. Penyembuhan tidak juga berasal daripada doa itu sendiri. Antara ayat-ayat Ruqyah :

  • Surah Al-Fatihah ayat 1-7 (20 kali)
  • Surah Al-Baqarah ayat 1-6
  • Surah Al-Baqarah ayat 102
  • Surah Al-Baqarah ayat 163-164
  • Surah Al-Baqarah ayat 255 (ayat Kursi)
  • Surah Al-Baqarah ayat 285-286
  • Surah Ali Imran ayat 18-19
  • Surah Al-A'raf ayat 54-56
  • Surah Al-A'raf ayat 117-122
  • Surah Yunus ayat 81-82
  • Surah Taha ayat 69
  • Surah Al-Mukminun ayat 115-118
  • Surah As-Saffat ayat 1-10
  • Surah Al-Ahqaf ayat 29-32
  • Surah Ar-Rahman ayat 33-36
  • Surah Al-Hasyr ayat 21-24
  • Surah Al-Jin ayat 1-9
  • Surah Al-Ikhlas ayat 1-4 (3 kali)
  • Surah Al-Falaq ayat 1-5 (3 kali)
  • Surah An-Nas ayat 1-6 (3 kali)



Jerry D. Gray, Rasulullah Is My Doctor (2013)

Tiada ulasan: