Jumaat, 1 November 2013

Khalwat & Padahnya

Islam mengharamkan lelaki dan wanita yang tidak berkahwin duduk berdua-duaan apatah lagi di tempat yang tersembunyi kerana ia boleh mendatangkan fitnah dan masalah. Hukum Islam ini begitu relevan dengan suasana pada hari ini sebagai contoh, di Amerika 57% daripada kes-kes rogol berlaku ke atas wanita yang sedang bertemu janji dengan pasangan lelakinya. Hal ini dilaporkan oleh Rape and Abuse Crisis Center of Fargo-Moorhead (2004).

Justeru antara nasihat dan peringatan yang diberikan kepada remaja-remaja Amerika pada hari ini bagi menghindari rogol temujanji (date rape) adalah, "Semasa bertemu janji, jauhi tempat-tempat yang tersorok. Jangan bersunyi dengan lelaki yang membuat anda rasa gelisah dan tidak selesa." Nasihat ini dipaparkan di laman TeensHealth di kidshealth.org

Sebenarnya lebih daripada 1400 tahun dahulu Nabi berkata, "Sesiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah dia bersendirian dengan seorang wanita di suatu tempat tanpa disertai mahramnya, kerana sesungguhnya yang ketiganya adalah syaitan." Hadis ini direkodkan oleh Ahmad.

Dunia dengan seks bebasnya sememangnya sedang mendekati kehancuran Hari Kiamat. Nabi berkata, "(Antara tanda-tanda kiamat adalah) perbuatan zina akan berleluasa." Hadis ini direkodkan oleh Bukhari dan Muslim.



Dr Danial Zainal Abidin Quran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan Quran daripada Teropong Sains (2010)

1 ulasan:

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.