Zaid Menjerit-jerit menahan batu yang dilemparkan kepada mereka. Diberitakan bahawa malaikat Jibrail a.s datang bertemu dengan Rasulullah SAW ketika peristiwa itu dan meminta keizinan dari Baginda untuk menghancurkan penduduk Taif. Namun, Rasulullah SAW tidak mengizinkan lalu Jibrail berjanji akan menghempapkan penduduk Taif dengan gunung jika darah Rasululah SAW menitis ke bumi.
Oleh kerana Rasulullah SAW sayang kepada penduduk Taif yang tidak mengetahui akan risalah yang sedang dibawa, Baginda sanggup memerah darah yang mengalir masuk ke dalam kasutnya sehingga berkocak kasut Rasulullah SAW dengan darah. Begitulah halangan dan penyeksaan yang dihadapi Rasulullah SAW serta pengikutnya dalam menyebarkan risalah Allah SWT.
Nabi yang cedera meninggalkan Bustan at-Thaqif. Ketka menuruni curam bukit, batu masih lagi menghujani mereka berdua. Rasulullah SAW terus beredar dari situ dan singgah disebuah kebun milik Uqbah bin Rabi'ah. Nabi bersandar di satu batu, Baginda memegang badan Zaid, bertanyakan khabar keadaan Zaid. Zaid yang juga cedera lebih membimbangkan keadaan Nabi. Rasulullah SAW mengadu dengan Allah SWT atas apa yang menimpanya, sebagaimana danya yang mahsyur,
Ya Allah! KepadaMu aku mengadu kelemahanku, kurangnya kesanggupanku dan ketidakmampuanku berhadapan dengan manusia. Wahai zat Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang! Engkaulah pelindung bagi kaum yang lemah ini dan Engkaulah Pelindungku. Kepada siapa diriku hendak Engkau serahkan? Jika Kau tidak murka kepadaku semua itu tidakku hiraukan kerana sungguh besar nikmat yang telah Kau limpahkan kepadaku. Aku berlindung dengan sinar cahaya wajahMu yang menerangi kegelapandan mendatangkan kebaikan didunia serta akhirat, dari murkaMu yang hendak Kau turunkan kepadaku. Hanya Engkaulah yang berhak menegurku dan menyalahkanku hingga Kau perkenankan. Sunggu tiada daya pun selain daripadaMu.
Tatkala Rasulullah SAW berdoa, dua orang anak Rabi'ah memerhatikan Rasulullah SAW lalu memanggil khadamnya yang bernama Addas. Addas merupakan orang Nasrani dan beliau diarahkan oleh tuannya supaya menghidangkan anggur kepada Rasulullah SAW. Ketika mana Addas menghulurkan anggur, Baginda pun mengucapkan 'Bismilah' dan memakannya.
Addas terkejut. Katanya, "Demi Allah, ucapan itu tidak pernah diucapkan oleh penduduk daerah ini." Mendengar perkataan Addas, Baginda bertanya, "Dari mana asalmu dan apa agamamu?" Addas menjawab, "Saya seorang Nasrani dan saya datang dari daerah Ninawa (sebuah kampung di Maushil)." Baginda bertanya lagi, "Apakah kamu berasal dari negeri seorang soleh yang bernama Yunus bin Mathius?" Rasulullah SAW menerangkan bahawa Yunus bin Mathius adalah saudaranya, dan dia seorang Nabi dan Baginda juga seorang Nabi. Ketika itu juga Addas segera mencium dahi, tangan dan kedua kaki Baginda.
Rasulullah SAW pun berangkat pulang ke Makkah tatkala itu Zaid bertanya kepada Rasulullah SAW, "Bagaimana kita hendak pulang Makkah sedangkan mereka mengusir kita?" Rasulullah SAW berkata, "Hai Zaid, sesungguhnya Allah akan menolong agamaNya dan nabiNya." Lalu Rasulullah SAW mengutus seseorang menemui Muth'am bin Adi dan menyampaikan berita bahawa Baginda akan memasuki Makkah dan meminta perlindungan dari Muth'am. Maka masuklah Rasulullah SAW ke Makkah dengan pelindungan Muth'am.
Kita harus mengambil peristiwa ini dengan pengajaran yang baik betapa bersusah payahnya Baginda menjulang agama Allah SWT untuk kita warisi pada hari ini. Oleh sebab itu, seorang Muslim tidak patut berputus asa ketika mana menghadapi penderitaan dan ujian berat, bahkan kita seharusnya semakin optimis terhadap kemenangan dalam setiap perjuangan walaupun semakin banyak menghadapi ujian.
Rusydi Ramli al-Jauhari Biografi Agung Rasulullah SAW (2012)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan