Hadis daripada Ummul Mukminin Ummu Salamah:
Satu hari beliau bertanya kepada Rasulullah:"Mengapa kami kaum perempuan tidak disebutkan (keutamaannya) dalam Al-Quran sebagaimana kaum lelaki?" Kata Ummu Salamah:"Rasulullah tidak segera menjawab. Namun, pada waktu yang lain, saya lihat baginda berdiri di atas mimbar. Ketika itu, saya sedang menyisir rambut. Sesudah selesai menyisir rambut, saya masuk ke dalam salah satu kamar di rumahku. Saya mendekatkan pendengaranku pada atap masjid yang ketika terbuat daripada pelepah kurma, dan posisinya dekat dengan mimbar masjid. Saya mendengar Nabi bersabda:"Wahai manusia, sesungguhnya Allah berfirman dalam kitab-Nya: Sesungguhnya orang Islam lelaki dan perempuan, dan orang yang beriman lelaki dan perempuan, dan orang yang taat lelaki dan perempuan dan orang lelaki serta orang perempuan yang benar, dan orang lelaki dan orang perempuan yang sabar, dan orang lelaki dan orang perempuan yang khusyuk, dan lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, dan lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatan mereka dan orang lelaki serta orang perempuan yang banyak menyebut nama Allah, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar (surah al-Ahzab:35)."
(Riwayat Ahmad, an-Nasaie dan al-Hakim yang menilainya sahih berdasarkan kriteria Bukhari dan Muslim)Ini menggambarkan cara Al-Quran memberikan ketenangan kepada kaum wanita dan menghilangkan kegelisahan dan keraguan mereka yang mengungkapkan darjat dan kedudukan wanita dalam Islam tiada perbezaan dalam usaha menggapai kedudukan tertinggi dalam agama serta dalam memperoleh pahala dan keampunan Allah.
Ustaz Mohd Kazim Bin Elias Al Hafiz, Nordin Bin Jaafar Berbahagialah Wahai Wanita (2011)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan