Manusia dan jin ada balasan di akhirat. Sehebat-hebat jin, semulia-mulia manusia. Mulianya manusia, kerana dalam kalangannya menjadi nabi dan rasul. Rasul adalah mulia, ikut rasul jadi mulia. Bila rasul itu mulia dan hebat, maka yang ikut pun jadi hebat juga. Bila kita dah tahu kualiti yang paling mahal dan tiada tandingannya adalah nabi dan rasul, kenapa perlu kita cari perbandingan yang lain ? Tak elok dibuat perbandingan. Nabi kita, Muhammad SAW. Didatangkan sebagai nabi dan rasul akhir zaman untuk mengajak manusia jadi baik membawa rahmat ke seluruh alam. Nak bersatu. bersatulah atas nama agama Allah SWT yang dibawa baginda SAW. Nak berhukum, ikutlah landasan yang telah dibawa oleh baginda SAW. Ikutlah apa yang diperintahkan bulat-bulat, ikutlah secara taat.
Kartunis Athool Da'i Berhikmah Generasi Berhemah: Ustaz Azhar Idrus (2013)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan