Ahad, 22 September 2013

Wasiat Rasulullah SAW Kepada Abu Darda'

Dari Abu Darda' r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda kepadaku dengan sembilan perkara :
Janganlah engkau menyekutukan Allah dengan sesuatu, walaupun engkau dipotong atau dibakar
Janganlah sekali-kali engkau meninggalkan solat wajib yang lima waktu dengan sengaja karana barangsiapa yang meninggalkan solat secara sengaja akan dilepas dari jaminan Allah 
Jangan sekali-kali engkau minum khamar (arak), sesungguhnya khamar (arak) adalah kunci semua kejahatan
Taatlah kepada kedua orang tuamu, seandainya keduanya menyuruhmu mengeluarkan hartamu seluruhnya, maka keluarkanlah semua harta untuk keduanya
Jangan engkau bertentanagan dengan ululamri (pemimpin) walaupun memandang bahawa engkau lebih daripadanya
Janganlah engkau lari dari medan peperangan walaupun engkau binasa dan semua teman-temanmu lari
Infakkan kelebihan hartamu kepada keluargamu
Janganlah engkau membuang rotan dari keluargamu kerana sayang hendak memukulnya. Pukullah kerana mendidik, bukan kerana mendera
Berilah amaran kepada mereka supaya takut akan Allah
(Hadis Riwayat Bukhari, Ahmad, Ibnu Majah, Thabrani)

Petikan daripada Biografi Agung Rasulullah SAW nukilan Rusydi Ramli Al-Jauhari (2012) 

Tiada ulasan: