Isnin, 23 September 2013

Ibadah Yang Paling Utama

Antara ibadah paling penting yang sering diabaikan oleh umat Islam adalah meninggalkan yang haram. Dalam Ihya Ulumuddin, diriwayatkan peringatan yang pernah dibuat oleh Ummul Mukminin, Aisyah, yang berkata, "Kamu melupakan satu ibadah yang utama iaitu warak." Warak bermaksud menjauhi sesuatu yang haram serta yang mempunyai unsur syubhah (iaitu yang meragukan). Pengambilan benda yang meragukan ataupun haram merosakkan ibadah. Sahabat Abdullah bin Omar berkata, "Sekiranya kamu mengerjakan solat seperti busur yang melengkung dan kamu berpuasa sehingga menjadi kurus seperti anak panah, amalan kamu tidak diterima melainkan apabila disertakan dengan warak yang mendinding."

Imam Sufyan at-Thauri juga mengingatkan umat Islam mengenai perkara yang sama. Belia berkata, "Sesiapa yang membelanjakan sesuatu yang haram, dia diumpamakan seperti seorang yang cuba membersihkan sehelai kain yang berlumuran najis dengan air kencing. Dosa tidak dapat dibersihkan melainkan dengan perkara halal." Ibadah dan warak berkait rapat dengan tahap iman seseorang. Imam Sahl at-Tusturi berkata, "Seseorang tidak sampai kepada hakikat iman sehingga ada padanya empat perkara iaitu mengerjakan ibadah wajib dan yang sunat, memakan benda yang halal denga warak, menjauhi perkara yang dilarang sama ada zahir ataupun batin dan bersabar di atas yang demikian itu sehingga mati."

Dr Danial Zainal Abidin Quran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains (2010)

Tiada ulasan: