Sabtu, 24 Ogos 2013

Rasulullah SAW Sebagai Ahli Ekonomi

Rasulullah SAW seorang yang amanah dalam menjalankan perniagaan. Lihatlah bagaimana Baginda menguruskan barang-barang dagangan Khadijah binti Al-Khuwailid r.a. yang diniagakannya. Setiap dirham akan dihitung dan tidak pernah terlintas di fikirannya untuk pecah amanah dalam menjalankan perniagaan Khadijah. Baginda juga selalu menderma di dalam perniagaan. Ekonomi ialah perantaraan di antara bakhil dan membazir. Biasanya seseorang yang menjalankan perniagaan akan berlaku bakhil kepada pelanggannya dan tidak boleh berlebih kurang kepada mereka. Akan tetapi, mereka biasanya suka membazir dengan membelanjakan keuntungannya ke jalan yang tidak betul. Berbeza dengan Rasulullah SAW, apabila berniaga Baginda akan mendahulukan kebajikan daripada keuntungan. Baginda menanamkan sikap menderma di dalam perniagaan. Dengan sikap menderma inilah perniagaan yang dijalankan bertambah maju hasil keberkatan menderma, ini juga akan menyebabkan pelangggan senang dan suka berurus niaga dengan Rasulullah SAW.
Rasulullah SAW adalah orang yang sangat jujur di dalam urusan jual beli. Baginda tidak akan melakukan penipuan di dalam timbangan, malah melebihkan barang yang dijualnya. Oleh kerana sikap  itulah dia dipercayai oleh sesiapa sahaja yang berurusan dengannya. Baginda SAW juga menolak riba kerana riba menindas orang lain dan juga telah mengharamkan oleh Allah SWT.


Rusydi Ramli Al-Jauhari Biografi Agung Rasulullah (2012)

Tiada ulasan: