Dimulakan dengan regangan otot leher. Apabila kepala kita tunduk kira-kira 45 darjah untuk memandang tempat sujud, otot leher kita di bahagian trapezius dan spenius akan teregang sedikit. Semakin lama kita berdiri dan tunduk semakin lama diregang.
Apabila kita mengangkat takbir dengan kedua-dua tapak tangan sepenuhnya menghadap kiblat dan diangkat sehingga ke paras telinga, maka otot-otot hadapan lengan (extensor muscle) dan otot hadapan pangkal lengan (bicep) akan diregang. Jika kedua-dua tapak tangan tidak sepenuhnya dipusingkan, otot ini tidak akan teregang. Apakah rasional meletakkan kedua-dua tangan di atas pusat dan di sebelah kiri pula ? Jantung dan perut kita terletak di sebelah kiri. Apabila kita meletakkan tangan di sini, tangan kiri boleh merasai sedikit denyutan jantung. Dengan merasai denyutan jantung tadi, sepatutnya kita sedar akan perbuatan yang sedang dilakukan. Ketika rukuk, pastikan mata tidak berganjak dari melihat tempat sujud. Kepala kita akan terdongak sedikit dan otot leher tadi kembali relak. Pastikan kedudukan belakang badan dan kedua-dua kaki pada kedudukan 90 darjah. Luruskan kedua-dua siku, kedua-dua lutut dan kedua-dua tangan ditekan sedikit ke lutut bukan sekadar diletak. Anda akan dapat rasai regangan otot di tangan terutama pangkal lengan, merasai regangan otot belakang peha (hamstring) dan kedua-dua otot betis. Semakin lama kita rukuk semakin lama merasai regangan otot tadi. Jika anda rukuk sekadar 3-5 saat, regangan ini tidak dapat dirasai. Ketika sujud pastikan tiga perkara. Dahi ditekan sedikit, menekan jari-jari kaki dan kedua-dua tapak tangan melekap sepenuhnya ke lantai dan ditekan sedikit. Regangan lebih dirasakan pada otot belakang badan dan peha. Semasa sujud sebaiknya hidung disentuh ke lantai, ini akan membuatkan mata masih fokus dan melihat tempat sujud. Jika hidung terangkat, andamudah melihat ke bahagian belakang dan boleh menganggu tumpuan mata anda. Manakal ketika duduk di antara dua sujud, regangan dirasai pada atas peha (quadriceps) dan pergelangan kaki. Dan bagi mereka yang duduk tahiyat akhir dengan disilang kaki, maka otot sisi badan (oblique) juga akan diregang.
Dr Yusof Abbas Bio-Mekanik Solat: Kaedah Kemahiran Khusyuk Melalui Fitrah Biologi dan Satu Kaedah Terapi (2007)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan