Dalam kalangan sahabat Rasulullah SAW terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, ada yang muda, yang tua, golongan hamba dan juga terdapat golongan orang kaya. Namun Rasulullah SAW akan mengambil kira semua pandangan tanpa mengira status orang yang berkata walaupun yang memberi cadangan itu adalah dari seorang hamba. Dalam peperangan Khandaq sebagai contoh, pandangan seorang yang baru memeluk agama Islam dan merupakan orang luar bukan di kalangan orang Arab iaitu Salman Al-Parisi. Salman mencadangkan agar dibina parit yang panjang dan lebar bagi membina benteng pertahanan menghadapi musuh.
Pandangan ini merupakan cara yang tidak pernah dilakukan oleh orang-orang Arab, ia adalah cara orang-orang Parsi berperang namun begitu ia tetap diterima oleh Baginda SAW walau siapa pun yang mengutarakannya. Syura bermakna mesyuarat. Nabi SAW sentiasa bermesyuarat dengan para sahabatnya bagi setipa hal dan keadaan. Bilik mesyuarat Baginda SAW adalah di dalam masjid kerana apabila bermesyuarat di dalam masjid akan terhindar dari gangguan syaitan dan juga para ahli mesyuarat akan menghormati masjid dengan tidak meninggikan suara serta menjaga adab-adab di dalam masjid. Contoh mesyuarat bagi membincangkan bagaimana mengatur strategi dalam menghadapi peperangan Uhud, walaupun Nabi SAW telah berpendapat lebih baik bertahan di dalam Kota Madinah. Namun bilamana orang-orang muda dan sebahagian besarnya yang tidak mengikuti peperangan Badar mencadangkan agar tentera Islam berperang di luar Kota Madinah, cadangan itu diterima oleh Nabi SAW kerana mengambil pandangan majoriti.
Pembahagian kuasa diamalkan oleh Baginda SAW dalam pemerintahan. Baginda kerap menukar panglima angkatan tentera bagi memberi peluang kepada sahabat-sahabat lain merasai kepimpinan. Manakala apabila Baginda sendiri yang keluar berperang, jawatan Gabenor atau pemangku beliau yang memimpin Madinah kerap bertukar bukannya diberikan kepada seseorang sahaja, ataupun di kalangan ahli keluarganya mahupun kroninya. Dalam peperangn Al-Bawwat, panji Islam telah dibawa oleh Sa'ad bin Abi Waqas manakal Sa'ad bin Muaz diamanah menggantikan nabi yang berada di Madinah. Manakala di dalam peperangan Usyairah, Baginda memberikan panji Islam kepada Hamzah bin Abdul Mutalib dan yang menggantikan nabi di Madinah ialah Abu Salamah bin Abdul Asad Al-Makhzumi. Di dalam peperangan Badar, Baginda telah melantik Abdullah bin Rawahah untuk menjaga Madinah manakal Sayidina Ali bin Abi Talib diamanahkan sebagai pembawa panji tentera Islam.
Rasulullah SAW seorang yang amat lembut bila menyampaikan dakwah kepada kaum kuffar. Baginda juga berlemah lembut sesama orang Islam dalam keadaan dakwah, tetapi aginda merupakan orang paling tegas dalam masalah hukum. Apabila membicarakan tentang azab neraka dan halal haram, muka Baginda akan merah padam bagi menunjukkan bahawa perkara tersebut bukan perkara yang remeh-temeh. Suatu ketika di dalam peperangan Uhud, Abdullah bin Ubai datang bersama 300 orang munafik Madinah kerana ingin memberikan bantuan kepada Rasulullah SAW, namun dengan tegas Baginda menolak bantuan beliau. Rasulullah SAW tidak akan menggunakan kekerasan selagi mana pihak musush tidak memberikan penentangan dahsyat kepada umat Islam. Peperangan adalah merupakan jalan terakhir baginya dalam melebar luaskan kalaimah Allah SWT. Pantang baginya yang sudah bersiap sedia untuk berperang tetapi membatalkan niatnya. Di dalam setiap peperangan yang dilalui oleh Baginda, tidak pernah beliau berperang dalam keadaan tidak bersemangat. Baginda seolah-olah seekor singa di tengah-tengah medan pertempuran.
Baginda SAW merupakan seorang yang pemaaf di dalam menjalankan sesuatu hukuman. Bagi mereka yang melakukan kesalahan dan layak menerima hukuman, akan tetapi Rasulullah SAW, akan memberikannya peluang untuk bertaubat, meninggalkannya tanpa hukuman dan memaafkan kesalahan tersebut. Allah SWT memerintahkan supaya Rasulullah SAW memaafkan kesalahan yang berkaitan dengan perangai buruk manusia yang dilakukan terhadapnya. Baginda akan memaafkan dan mengambil ia sebagai satu perkara yang kecil jika kesalahan itu berpunca dari akhlak manusia. Baginda juga tidak mementingkan soal harta benda, akan tetapi Baginda amat menekankan akhlak yang baik kepada semua manusia. Dalam peperangan Ghatafan, panglima tentera kafir bernama Du'thur yang menyerang hendap nabi SAW dengan menghunuskan pedang di leher baginda, namun pedangnya jatuh kerana gementar dengan jawapan nabi apablia ditanya, "Siapa yang akan menyelamatkan kamu dari mata pedang ini?" Apabila Baginda menjawab, "Allah." Akhirnya Baginda SA memaafkan dan melepaskannya. Peristiwa ini menyebabkan Du'thur memeluk Islam kerana sifat pemaaf Nabi SAW dan menyeru kaumnya memeluk Islam. Begitu juga peristiwa menyayat hati di dalam peperangan Uhud. Hindun yang mengupah hambanya Wahsyi untuk membunuh Sayidina Hamzah bapa saudara nabi, bukan sahaja dibunuh malah Hindun memamah hati dan jantung Sayidina Hamzah. Dengan sifat pemaaf nabi dan padanya Allah SWT yang lebih layak menghukum Hindun. Akhirnya Hindun memeluk Islam dan tiada sedikit pun dendam Nabid SAW terhadapnya.
Rusydi Ramli Al-Jauhari Biografi Agung Rasulluallah SAW (2012)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan