Sabtu, 3 Ogos 2013

Iman Adalah Nyawa

Untuk berjaya setiap insan wajib beramal dengan syariat Islam secara sempurna berasaskan Al-Quran dan sunah. Walaubagaimanapun amalan seseorang dianggap mati tanpa iman. Iman berkait rapat dengan kepercayaan dan keyakinan dan ia adalah nyawa dan nadi yang menentukan sama ada sesuatu amalan diterima ataupun ditolak oleh Allah. Ia adalah syarat kepada sahnya amal di sisi Allah. Dalam surah az-Zumar ayat 65 Allah menjelaskan, "Dan sesungguhnya sudah diwahyukan kepadamu (Muhammad) dan kepada nabi-nabi sebelummu, jika kamu menyekutukan Allah akan gugurlah segala amalanmu dan kamu akan termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi!". Oleh kerana iman adalah nyawa kepada segala amalan dan tindak tanduk manusia, ia perlu dibajai dengan ramuan yang betul supaya kesesatan tidak menyelubunginya. Antara baja yang perlu diberikan kepadanya adalah baja ilmu serta kefahaman melalui penguasaan ayat Al-Quran dan ciptaanNya.
 Dr Danial Zainal Abidin Quran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains (2010)

Tiada ulasan: