Ahad, 6 Oktober 2013

Solat Sunat Taubat Penjernih Jiwa

Kita sebagai manusia biasa tidak terlepas daripada melakukan pelbagai kesilapan. Dan adakalanya mungkin terjerumus ke dalam persoalan yang dilarang, yang mnegakibatkan dosa, atau perkara yang dibenci oleh Allah SWT. Oleh itu, Allah SWT dengan sikapnya Yang Maha Pengasih dan Maha Pengampun sentiasa memberikan ruang kepada hambaNya untuk kembali pada fitrah dan membersihkan diri daripada pelbagai kesilapan, ketergelinciran dan kesalahan. Allah memerintahkan hambaNya agar sentiasa bertaubat sebagaimana firmanNya yang bermaksud :
Hai orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar. (Surah al-Tahrim ayat 8)


Oleh itu, bertaubat apabila melakukan kesalahan atau dosa adalah wajib ke atas setiap individu. Tetapi disunatkan berterusan bertaubat sekalipun tidak melakukan dosa yang terang kerana mungkin dosa yang dilakukan secara tidak sengaja. Allah juga memberikan harapan kepada orang yang melakukan dosa agar tidak berputus asa daripada rahmat Allah. Firman Allah SWT yang bermaksud :
Katakanlah (Wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Zumar ayat 53)
Antara cara dan kaedah memelihara diri daripada ancaman api neraka Allah, menurut Syeikh Abdul Rahman al-Sa'di dalam tafsirnya terhadap ayat ersebut ialah :
Maka meninggalkan kemaksiatan akan menyelamatkannya daripada api neraka dan menjaga diri daripada kemurkaan Yang Maha Kuasa. Sedang perbuatan-perbuatan yang baik dan berbentuk ketaatan membuahkan reda Allah, ganjaran syurga, dan memperolehi rahmat. (Tafsir al-Sa'di Jilid 1 Halaman 545)


Rohidzir Rais, Fuad Ismail & Mohd Wahid Abd Hanif; Ensiklopedia Solat: Kombinasi Fakta Hukum dan Sains (2011)

Tiada ulasan: