Selasa, 22 Oktober 2013

Khatan & Sains

Satu lagi aspek kebersihan diri yang diwajibkan oleh umat Islam adalah berkhatan. Khatan adalah ibadah yang dituntut oleh agama keatas golongan lelaki berdasarkan hadis yang direkodkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud, "Fitrah itu lima iaitu khatan, memotong bulu kemaluan, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak."

Dalam riwayat yang lain Nabi berkata kepada mereka yang baru memeluk Islam dengan berkata, "Bersihkanlah dirimu daripada rambut kufur dan berkhatanlah." Hadis ini direkodkan oleh Ahmad dan Abu Daud. Tambahan daripada itu Nabi mengarahkan supaya kedua-dua cucunya dikhatankan selepas dilahirkan, berdasarkan riwayat Baihaqi yang bermaksud, "Rasulullah beraqiqah untuk Hasan dan Husin serta mengkhatankan mereka semasa mereka berumur tujuh hari."





Di Amerika, peratus khatan bayi lelaki meningkat daripada 8% pada tahun 1870 kepada 56% pada tahun 1910, dan di Britain ia meningkat daripada 19% pada tahun 1914 kepada 30% pada tahun 1930. Daripada tahun 1940 hingga 1970 lebih kurang 90% daripada bayi lelaki yang dilahirkan di Amerika dan Australia dikhatankan dan faktor utama yang menyebabkan penigkatan ini adalah kesihatan dan kebersihan.

Dr Edgar J Schoen pernah dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Berhubung Khatan di Amerika (Task Force on Circumcision of the American Academy of Paediatrics) pada tahun 1993 dan merupakan seorang profesor perubatan kanak-kanak di Universiti California di San Francisco serta ketua bahagian perubatan kanak-kanak d Kaiser Permanente, Oakland selama 24 tahun. WebMD Mediacal News bertarikh 6 Mac 2000 melaporkan berkenaan satu kajian yang beliau lakukan bersama-sama dengan rakan-rakannya. Mereka mendapati daripada 89 kes kanser zakar, 87 daripadanya adalah daripada kalangan lelaki yang tidak berkahatan. Justeru mereka merumuskan berkhatan mencegah lelaki daripada mneghidapi kanser zakar dan dimuatkan dalam jurnal Pediatrics.

Khatan juga menguntungkan wanita terutamanya para isteri. Risiko seseorang wanita menghidap barah pangkal rahim adalah tinggi apabila pasangannya tidak berkhatan. Satu kajian yang dilakukan di Lembah Kashmir pada tahun 1993 menunjukkan amaln berkhatan di tempat ini menyebabkan peratus barah pangkal rahim menjadi rendah sekiranya dibandingkan dengan kawasan-kawasan lain di India. Hal ini dilaporkan oleh Dr Brian Morris dari New South Wales dalam artikel Medical Benefits From Circumcision pada bulan Mac 1999.

Tambahan daripada itu, kajian menunjukkan kulit penutup kepala zakar mudah luka semasa melakukan hubungan seks dan hal ini menyebabkan seseorang terdedah kepada serangan kuman HIV. Terdapat bukti yang menunjukkan sel-sel yang dikenali sebagai langerhans cells yang terdapat dikulit ini memudahkan kuman HIV melekat sebelum menyerang. Berdasarkan 22 kajian yang dipengerusikan oleh Dr David Moses dari Universiti Manitoba, yang dilakukan di 10 buah negara kebanyaknnya di Afrika dan negara-negara dunia ketiga, lelaki yang tidak berkhatan mempunyai risiko mendapat kuman HIV empat kali ganda lebih tinggi berbanding mereka yang berkhatan. Di dalam majalah Scientific American terbitan 1996, ahli-ahli sains John dan Pat Caldwell melaporkan tidak berkhatannya kaum lelaki menjadi salah satu sebab utama kuman HIV merebak dengan cepatnya. Ia juga dilaporkan di dalam majalah American Council on Science and Health Volume 9 No 4 pada tahun 1997.

Bagaimana pula dengan wanita, perlu ke berkhatan ? Lain kali la ye....



Dr Danial Zainal Abidin Quran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan Quran daripada Teropong Sains (2010)

Tiada ulasan: