Isnin, 21 Oktober 2013

Bekam Terapi Alternatif

Abu Hurairah merekodkan, Nabi SAW berkata, "Tidak ada penyakit Allah ciptakan kecuali Dia juga menciptakan ubatnya." Sejarah mengenai bekam basah iaitu satu kaedah yang dilakukan dengan melukakan permukaan kulit menggunakan jarum tajam ditemui ribuan tahun yang lalu. Namun, bekam yang pertama tercatat adalah ketika zaman Nabi Muhammad SAW. Menurut Imam Bukhari, Imam Muslim dan mam Ahmad, Nabi Muhammad SAW mengizinkan perubatan menggunakan bekam. Nabi Muhammad SAW berkata, "Dalam bekam ada penyembuhan." Baginda juga berkata, "Siapa yang melakukan bekam pada hari 17, 19 dan 21 (bulan Islam), setiap penyakitnya sembuh." Jabir bin Abdullah merekodkan, "Saya mendengar Rasulullah berkata, "Sekiranya ada enyembuhan dalam perubatan, maka ia adalah bekam, seteguk madu, ataupun dibakar dengan api yang bersesuaian dengan penyakitnya, tapi saya tidak suka dibakar dengan api."



Bekam memiliki banyak nama seperti badkesh, bahnkes, bekam, buhang, bentusa, kuyukaku, gak hoi, dan hijamah. Sekiranya dilakukan dengan secara teliti hasilnya sama dengan menghilangkan darah kotor tang tidak beredar pada tempat-tempat tertentu pada tubuh, bekam meningkatkan peredaran darah pada tempat-tempat tertentu bahkan pada seluruh tubuh. Bekam adalah proses pembentukan bahagian dengan tekanan udara rendah pada tubuh iaitu pada kulit dengan menggunakan suatu kesan vakum.

Nabi Muhammad SAW mengajar kita, bekam adalah suatu perubatan dan suatu keberkatan. Umat Islam terdahulu menggunakan bekam basah dalam penyembuhan pelbagai jenis penyakit seperti sakit kepala, masalah perut, keracunan, sihir, kerosakan didalam badan, luka kulit, sakit otot, sakit tulang belakang, dan lain-lain. Imam Muslim menganggap hijamah atau bekam sebagai perubatan yang efektif, berkesan dan penting bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Namun keberhasilan ataupun kegagalan suatu perubatan adalah dengan izin Allah SWT.

Penting untuk para pesakit mendapatkan rawatan bekam daripada orang yang berpengalaman, tahu apa yang dilakukan, dan menggunakan alat-alat yang bersih serta steril. Sebaiknya sebagai seorang Muslim kita mendapatkan rawatan bekam daripada seseorang yang mengikut sunnah Rasullullah SAW. Sekiranya tidak, kita kehilangan keuntungan spiritual yang semestinya didapati daripada rasa berserah diri kepada Allah SWT dan dengan mengikut sunnah Rasulullah SAW.



Jerry D Garry Rasullullah Is My Doctor (2013)

Tiada ulasan: