Rabu, 23 Oktober 2013

Perhiasan Solat

Aksesori tambahan untuk solat yang dmaksudkan adalah sunat Hai'at. Selain berperanan sebagai penambah nilai dan melengkapkan kesempurnaan solat seseorang, sunat hai'at juga berfungsi sebagai penguji aras untuk membezakan solat yang dilakukan dengan tekun dan taat dan solat yang dilakukan sambil lewa atau rutin.



Sunat-sunat Hai'at

  1. Mengangkat kedua-dua tangan ketika takbiratulihram, ketika rukuk dan bangun daripadanya
  2. Meletakkan tangan kanan di atas belakang tangan kiri ketika berdiri
  3. Melihat ke tempat sujud
  4. Membaca doa iftitah selepas takbiratulihram*
  5. Membaca isti'azah selepas doa iftitah
  6. Membaca dengan suara yang kuat di tempat-tempat tertentu**
  7. Membaca dengan perlahan di tempat-tempat tertentu
  8. Mengaminkan bacaan al-Fatihah
  9. Membaca mana-mana surah al-Quran selepas al-Fatihah***
  10. Mengucapkan takbir ketika berpindah daripada rukun ke rukun yang lain****
  11. Bertasbih ketika rukuk dan sujud
  12. Meletakkan kedua-dua tangan di atas paha ketika membaca tasyahud awal dan akhir
  13. Duduk tawaruk dan duduk iftirasy
  14. Membaca selawat ibrahimiyyah
  15. Memberi salam yang kedua
  16. Sentiasa khusyuk sepanjang solat
*Disunatkan membacanya di permulaan solat fardu dan sunat, samada bagi orang yang bersolat sebagai imam atau makmum, atau sendirian. Tetapi disyaratkan dia belum membaca al-Fatihah atau sebahagian daripada ayat-ayatnya termasuk Basmalah. Begitu juga jika dia telah membaca Ta'awwuz, tidak disunatkan lagi membaca doa iftitah, dan tidak harus dia mengulanginya jika terlupa atau sengaja
**Tempat-tempat yang disunatkan membaca dengan suara yang kuat
  • 2 rakaat solat Subuh
  • 2 rakaat pertama solat Maghrib
  • 2 rakaat pertama solat Isyak
  • 2 rakaat solat Jumaat
  • 2 rakaat hari raya Aidiladha dan Aidilfitri
  • 2 rakaat solat gerhana matahari dan bulan
  • 2 rakaat solat Istisqa' (minta hujan)
  • Setiap rakaat solat Tarawih dan Witir pada bulan Ramadan
  • Disunatkan bagi imam atau orang yang solat sendirian membaca dengan kuat pada tempat-tempat diatas
**Bacaan yang sunat dibaca dengan suara yang kuat
  • Al-Fatihah termasuk Basmalah tetapi tidak disunatkan baca ta'awwuz dengan kuat
  • Surah-surah al-Quran yang dibaca selepas al-Fatihah
  • Mengaminkan bacaan al-Fatihah
  • Membaca doa Qunut
***Kadar bacaan
  • Panjang: Disunatkan membaca surah-surah yang panjang pada solat Subuh dan Zuhur seperti surah al-Hujurat dan al-Rahman
  • Sederhana: Disunatkan membaca surah-surah yang sederhana pada solat Asar dan Isyak seperti surah al-Syams
  • Pendek: Disunatkan membaca surah-surah yang pendek seperti surah al-Ikhlas pada solat Maghrib
****Tempat-tempat yang disunatkan bertakbir
  • Ketika membongkokkan badan untuk rukuk
  • Ketika hendak sujud (kedua-dua sujud)
  • Ketika bangun daripada sujud
  • Ketika bangun terdiri daripada duduk tasyahud yang pertama


Rohidzir Rais, Fuad Ismail & Mohd Wahid Abd Hanif Ensiklopedia Solat: Kombinasi Fakta Hukum dan Sains (2011)

Tiada ulasan: