Banyak yang telah diceritakan dalam al-Quran berkenaan pemeliharaan Allah SWT kepada nabiNya daripada cubaan membunuh Baginda dan ini adalah merupakan mukjizat yang telah diturunkan Allah SWT kepada Rasulullah SAW. Pelbagai cubaan dan rancangan untuk membunuh Baginda, namun akhirnya menemui kegagalan walaupun Rasulullah SAW telah dikepung di rumahnya pada malam sebelum Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah. Apa pun yang dirancang namun akhirnya gagal kerana Allah SWT memeliharanya sebagaimana Allah SWT menyebutkannya di dalam firmanNya melalui surah al-Maidah ayat 67 yang bermaksud, "Wahai rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepada kamu dari Tuhanmu. Dan jika kamu tidak kerjakan (apa yang diperintahkan kepada kamu) bererti kamu tidak menyampaikan amanahNya, Allah memelihara kamu dari gangguan manusia. Sesungguhnya Allah tidak aka memberi petunjuk kepada kaum kafir." Dalam peristiwa pengepungan rumah Baginda SAW, secaralogik akal memang Rasulullah SAW akan dibunuh pada Subuh hari tersebut. Namun dengan bantuan dan pemeliharaan Allah SWT, Rasulullah SAW berjaya keluar dari rumahnya dengan selamat hanya demgan membaca sepotong ayat dari surah Yasin ayat 9 yang bermaksud, "Dan kami adakan di hadapan mereka dinidning dan dibelakang mereka diniding (pula) dan kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat." Lalu semua orang kafir Quraisy terlena. Begitu juiga dalam peristiwa Suraqah yang berjaya menjejaki tempat persembunyian Nabi SAW. Lalu terserempak dengan nabi, Suraqah pun meluru untuk menyerang nabi, tiba-tiba kuda yang ditunggangnya tersungkur menyembah bumi. Tanpa rasa kesal, Suraqah sekali lagi mengulangi perbuatan tersebut dan akhirnya perkara yang sama berulang. Suraqah pun meminta pada nabi supaya tidak diapa-apakan dan berjanji tidak akan mengapa-apakan Rasulullah SAW, lalu Baginda pun berjanji akan menyerahkan gelang raja Kisro kepadanya.Rusydi Ramli Al-Jauhari Biografi Agung Rasulullah SAW (2012)
Isnin, 2 September 2013
Terpelihara Dari Cubaan Bunuh
Label:
biografi,
bunuh,
cubaan,
Muhammad SAW,
rasulullah,
terpelihara
Lokasi:
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan