Dalam surah an-Najm ayat 45 hingga 46, Allah menjelaskan, "Dialah yang menciptakan kamu berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, daripada nutfah, apabila dipancarkan." Nutfah, mengikut tafsiran yang sahih, bermaksud air mani yang sedikit. Seperti yang disebutkan sebelum itu, mengikut Imam Qartubi di dalam al-Jamik Li Ahkamil Quran, nutfah bernaksud, "Air mani lelaki. Ia dinamakan nutfah disebabkan jumlanya yang sedikit iaitu airnya yang sedikit." Oleh kerana air mani adalah sperma yang bercampur dengan cecair yang dikeluarkan oleh alat jantina lelaki, justeru nutfah dengan maksud "jumlah yang sedikit" membawa maksud sperma.
Hal ini disebabkan daripada air mani yang banyak satu bahagian kecil atau sedikit sahaja daripadanya yang diperlukan bagi proses persenyawaan. Yang sedikit yang menjadi penentu itu adalah sperma. Justeru di dalam kamus Hans Wehr A Dictionary of Modern Written Arabic, perkataan nutfah diterjemahkan sebagai drop, sperm iaitu setitik atau sperma. Justeru ayat ini dengan jelas menunjukkan dalam proses kejadian manusia, penentuan kantina seseorang bayi ditentuka oleh nutfah iaitu benih lelaki yang terdapat dalam air mani. Kenyataan ini adalah selari dengan penemuan sains semasa. Hal ini disebabkan secara umumnya rupa bentuk seseorang bayi secara terperinci ditentukan oleh 46 kromosom dan daripada 46 kromosom ini dua daripadanya adalah kromosom seks. Kromosom seks inilah yang menentukan sama ada seseorang bayi menjadi lelaki ataupun perempuan. Benih lelaki atau sperma, mengandungi koromosom XY dan benih wanita iaitu ovum mengandunmgi kromosom seks XX. Semasa proses persenyawaan berlaku antara benih lelaki dan perempuan, kromosom seks lelaki terpisah menjadi X dan Y dan kromosom seks wanita berpisah menjadi X dan X. Salah satu daripada kromosom seks lelaki akan bercantum dengan salah satu kromosom seks wanita bagimenentukan status jantina seseorang bayi. Oleh kerana kedua-dua kromosom seks wanita adalah sama iaitu X dan X, sedanggkan kromosom seks lelaki adalah berbeza iaitu X dan Y, maka yang menentukan sama ada seseorang bayi menjadi lelaki ataupun perempuan adalah kromosom seks lelaki. Sekiranya kromosom X lelaki bercantum dengan kromosom X perempuan, maka bayi itu menjadi perempuan. Sebaliknya, apabila kromosom Y lelaki bercantum dengan kromosom X perempuan, maka bayi itu menjadi lelaki. Justeru benarlah kenyataan Allah yang mengatakan kejadian lelaki dan perempuan ditentukan oleh nutfah atau sperma lelaki.
Dr Danial Zainal Abidin Quran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan Quran daripada Teropong Sains (2010)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan