Sebagai ahli politik, Rasulullah SAW tetap menrerapka dakwah dalam kepimpinannya sejajar Baginda diutus oleh Allah SWT untuk mengembangkan agama Islam dan membebaskan manusia daripada perhambaan kepada sesama manusia kepada perhambaan kepada Allah SWT. Baginda SAW telah menghantar surat kepada raja-raja dan para pemimpin negara-negara sekitar Madinah. Antara pemimpin-pemimpin yang diutus surat oleh Rasulullah SAW bagi menyeru memeluk Islam ialah :
- Raja Hurkul (Heraclius), Raja Rom pada tahun ke-6 hijrah
- Harith bin Abi Syamar Al-Ghasani, Raja Damsyik
- Raja Kisra (Cbosroes Eparw's), Raja Parsi
- Raja Maquqis, Raja Mesir pada tahun ke-7 hijrah
- Raja Al-Najasyi, Raja Habsyah
- Huzah bin Ali AlHanafi, pemerintah Al-Yamamah
- Al-Munzir bin Sawi Al-Tamimi, pemerintah Bahrain
- Jaifar dan Abdul Ibni Al-Jalandi, kedua-duanya adalah pemerintah Oman
Natijah daripada utusan surat yang telah dihantar oleh Rasulullah SAW ialah :
- Baginda dapat mengetahui siasah politik negara tersebut dan kecenderungan pemerintahnya
- Raja Yaman telah menerima Islam
- Raja Maquqis (Mesir) tidak menerima Islam akan tetapi menghantar hadiah kepada Rasulullah SAW atas utusan surat tersebut. Raja Maquqis telah menghadiahkan Mariah Al-Qibtiyah (isteri nabi) dan adiknya yang bernama Syereen
- Raja Al-Najasyi, Raja Habsyah telah memeluk Islam
- Al-Munzir bin Sawi Al-Tamimi, pemerintah Bahrain menerima Islam
- Kedua-dua pemerintah Oman dan seluruh rakyatnya memeluk agama Islam
Petikan daripada Biografi Agung Rasulullah SAW nukilan Rusydi Ramli Al-Jauhari (2012)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan