- Mengebumikan jenazah dengan segera, tetapi tidak harus tergesa-gesa dengan berlari ketika mengusung jenazah. Orang yang mengiringi jenazah dengan berjalan kaki boleh beradsa di hadapan, di belakang, di kiri dan kanan jenazah. Tetapi berada di belakang jenazah lebih baik.
- Sekiranya orang yang mengiringi jenazah berkenderaan, hendalah mengiringinya dari belakang.
- Dibolehkan berkenderaan ketika mengiringi jenazah, tetapi lebih baik berjalan kaki sebagaimana yang dilakukan Rasulullah SAW. Harus menaiki kenderaan untuk pulang selepas pengebumian.
- Disunatkan berwuduk selepas mengusung jenazah.
- Tidak menangis dengan kuat atau meraung, menarik pakaiannya dan berguling di atas tanah seperti orang tidak siuman.
- Tidak menguatkan bacaan zikir atau ayat-ayat al-Quran ketika mengiringi jenazah kerana perbuatan tersebut menyerupai orang kafir.
- Tidak diiringi dengan paluan alat muzik seperti gendang dan loceng kerana menyerupai adat orang bukan Islam seperti penganut Buddha mengiringi orang mati dalam kalangan mereka.
Rohidzir Rais, Fuad Ismail, Mohd Wahid Abd Hanif Ensiklopedia Solat: Kombinasi Fakta Hukum dan Sains (2011)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan