Selasa, 24 September 2013

Fitrah Air & Berwuduk

Fitrah air ialah mencuci, boleh menghilangkan dahaga dan banyak hidupan yang boleh hidup didalamnya. Air ada kaitan rapat dengan amalan Islam. Kita diwajibkan bersuci dari hadas kecil dan besar, mandi jenazah dan berwuduk dengan air. Tujuan sebenar berwuduk bukan untuk membersihkan kotoran atau debu pada muka, tangan, kepala atau kaki. Sedangkan tanpa air, kita akan bertayamum dengan menggunakan debu. Berwuduk adalah wajib dan merupakan disiplin awal sebelum bersolat.



Pernahkah terfikir mengapa kita mesti menyampaikan dan meratakan air ke seluruh muka dari hujung rambut sehingga ke dagu dan dari dua anak telinga kira dan kanan? Membasuh tangan sehingga siku dan sehingga pergelangan kaki? Dan tidak pula sehingga ke lutut?

Malah hanya dengan segayung air mutlak sahaja sebenarnya sudah mencukupi. Ketika berwuduk pun kita tidak teliti dan tidak fokus sehingga berlaku pembaziran air. Kerap diperhatikan ketika menyapukan air ke muka dan diulang sebanyak tiga kali, terfikirkah anda yang paip air masih terbuka laju dan membazir! Hati yang teliti da fokus akan ambil peduli terhadap perkara yang dianggap remeh ini. Jika tujuan berwuduk untuk mencuci kotoran yang melekat, memadailah mencuci tangan. Tetapi kita diwajibkan meratakan sehingga ke siku! Inilah seninya arahan Allah. Fitrah hakiki berwuduk adalah untuk mensucikan anggota badan secara ruhi.

Kajian Dr. Emoto, saintis dari Universiti Yokohama, Jepun yang mengkaji kristal air yang dikesan melalui mikroskop elektron da dirakam menggunakan kamera yang berkelajuan tinggi. Kajian beliau terhadap banyak jenis air sama ada air yang kotor sehinggalah air bersih di kawasan pergunungan dari pelbagai tempat dan juga air zam-zam. Hasilnya beliau dapati air yang secara fizikalnya sudah kotor tidak terbentuk kristal tetapi air yang bersih akan terbentuk kristal yang cantik dan kristal yang sangat menakjubkan terdapat pada air zam-zam. Beliau juga menguji air yang sudah diberi rangsangan dari luar seperti kata-kata yang baik dan kata-kata kesat atau muzik yang lembut dengan muzik yang kuat. Hasilnya juga menakjubkan. Didapati kristal lebih cantik apabila disebut kata-kata baik berbanding kristal sebelumnya pada air yang sama. Malah bentuk kristal itu seperti pecah berderai apabila dirangsang dengan bunyi muzik yang keras! Dan ada gambar seperti api apabila air itu disebut perkataan syaitan.



Jika semasa  berwuduk kita masih berbual-bual maka air wuduk itu berkemungkinan berubah bentuk berbanding berwuduk dengan dimulai dengan bismilah dan doa. Yakinlah semasa kita membaca engan khusyuk didalam solat sebenarnya air dan bendalir lain didalam badan kita akan berubah! Begitu juga dengan bertilawah al-Quran, berzikir dan mendengar perkara ynag bermanfaat.

Ilmu Allah sangat luas, semakin manusia mengkaji kejadian Allah semakin banyak ilmu yang manusia belum terokai. Jadilah manusia yang sentiasa berfikir. Begitulah Maha Agungnya penciptaan air dan bendalir yang merupakan 80% dari kejadian manusia. Firman Allah surah al-Anbiya ayat 30 yang bermaksud:
Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tidak juga beriman?
Kita berwuduk menggunakan air yang juga merupakan jisim yang paling banyak dalam tubuh kita. Air didalam badan diproses dan disaring dikedua-dua buah pinggang, lalu dikumuh melalui saluran kencing, juga melalui liang peluh dan melalui pernafasan. Dengan kata lain air didalam badan kita sentiasa bersih.

Merujuk tentang kajian Dr Emoto tadi, boleh kita bayangkan bentuk air didalam badan mereka yang sentiasa dirangsang dengan perkara-perkara negatif seperti hiburan muzik yang keterlaluan, kata-kata kesat yang diterima dan sebagainya. Sebenarnya banyak kajian tentang air yang telah dilakukan oleh ahli sains malah ada beberapa buku ditulis tentang air yang sangat berkait rapat dengan kehidupan manusia.



Petikan daripada Biomekanik Solat: Kaedah Kemahiran Khusyuk Melalui Fitrah Biologi dan Satu Kaedah Terapi nukilan Dr Yusof Abbas (2007)

Tiada ulasan: