Electroencephalography ialah alat yang boleh mengesan aktiviti elektrikal otak. Beberapa elektrod diletakkan dikepala. Gelombang yang dihasilkan dinamakan electroencephalogram (EEG) atau lebih popular sebagai gelombang otak. Ada enam jenis gelombang otak iaitu, Delta, Theta, Alpha, SMR, Beta dan Gamma. Ketika kita sedang bekerja otak kita pada keadaan gelombang Beta. Manakala dalam keadaan sibuk, resah, stress, banyak perkara yang sedang difikirkan, gelombang Gamma dikesan. Apabila kita semakin tenang, rehat, atau semasa tidur, otak kita pada gelombang Alpha. Gelombang Theta dikesan pada keadaan sangat tenang seperti semasa "tidur mati". Manakala gelombang Delta seperti keadaan Saidina Ali yang seolah dibius bila mampu menahan kesakitan apabila anak panah dicabut dari betisnya. Jika solat kita masih dalam keadaan khayal atau tergesa-gesa ketika solat, gelombang otak kita masih di tahap amma atau Beta. Dengan penghayatan dan gabungan semua kaedah biomekanik ini iaitu gabungan penetapan dan pelaziman minda, emosi, pendengaran, penglihatan, pembacaan, gerakan sendi otot dan imaginasi maka yakinlah kita mampu memperoleh gelombang Alpha walaupun tidak ditahap gelombang Theta apalagi Delta.
Dr Yusof Abbas Biomekanik Solat: Kaedah Kemahiran Khusyuk Melalui Fitrah Biologi dan Satu Kaedah Terapi (2007)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan