Kita mungkin tidak menyedari segala pemberian ini kerana menikmatinya terlalu lama sejak dilahirkan hingga kini. Namun kita hanya merasai besarnya nikmat ini selepas kehilangannya. Justeru sudah sewajarnya kita yang menerima segala kemudahan yang tidak terbatas ini mengucapkan terima kasih kepada Allah SWT. Oleh itu bersyukur atau berterima kasih kepada Allah adalah kewajipan seorang Mukmin. Malah Allah menjanjika ganjaran bagi mereka yang mensyukuriNya dan mengancam mereka yang ingkar. Sabda Bagibda Rasulullah SAW yang bermaksud :
Sesiapa yang tidak bersyukur dengan benda yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan benda yang banyak. Sesiapa yang tidak mensyukuri manusia, bererti dia juga tidak mensyukuri Allah. Memperkatakan nikmat Allah adalah tanda syukir, dan mengabaikannya adalah kufur. Berjemaah itu dirahmati, sedangkan berpecah belah itu mengundang azab. (Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad, kitab Awal Musnad Ahli Kufah: Bab baki Hadis al-Nu'man bin Basyir r.a.)Syukur pelaris rezeki dimana untuk berterima kasih kepada manusia, kita mungkin terpaksa memberikan habuan tertentu sebagai balasan, tetapi sebaliknya dengan Allah. Ini kerana Allah SWT tidak berhajat kepada manusia untuk mengucapkan syukur sebagaimana firmanNya:
Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah (surah al-Naml ayat 40)Sebaliknya orang yang bersyukur dengan nikmat pemberianNya ditambahkan lagi dengan kurniaan lain yang berlipat kali ganda. Firman Allah:
Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi NikmatKu kepadamu dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azabKu amatlah keras (surah Ibrahim ayat 7)Selain itu, segala nikmat pemberian Allah hendaklah disebut-sebutkan dan dihebahkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah, bukan untuk bermegah-megah. Misalnya, apabila mendapat cahaya mata atau berkahwin digalakkan membuat jamuan kenduri kesyukuran secara sederhana untuk meraikan nikmat Allah ini. Firman Allah SWT :
Adapun nikmat TuhanMu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya (surah Duha ayat 11)
Petikan dari Ensiklopedia Solat: Kombinasi Fakta Hukum dan Sains nukilan Rohidzir Rais, Fuad Ismail & Mohd Wahid Abd Hanif (2011)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan