- Rasulullah SAW seorang yang paling dermawan khususnya di bulan Ramadan
- Orang yang paling baik akhlak dan baik susuk tubuh badannya. Orang yang paling lembut tapak tangan dan harum baunya. Baginda suka sepada bau-bauan harum dan tidak suka kepada sesuatu yang busuk
- Orang yang paling baik pergaulannya dan yang paling takut kepada Allah SWT
- Tidak pernah marah atau berdendam kerana dirinya. Baginda marah hanya kerana larangan-larangan Allah SWT yang dilanggar
- Akhlaknya adalah akhlak al-Quran
- Orang yang paling tawadduk
- Orang yang sesntiasa memenuhi keperluan keluarganya
- Merendahkan sayapnya (merendahkan diri) bila berhadapan dengan orang-orang yang lemah
- Orang yang paling malu dan tidak menatap lama wajah seseorang yang lain
- Orang yang tidak pernah mencela makanan sama sekali, jika menyukainya Baginda akan memakannya dan jika tidak disukai maka Baginda akan meninggalkannya
- Tidak pernah makan sambil bersandar dan tidak pernah makan berdiri di meja makan. Baginda menyukai manisan, madu dan buah labu.
- Tidak menerima sedekah, hanya menerima hadiah. Baginda gembira menerima hadiah walaupun kecil dan tidak berharga
- Baginda biasa menggilap kasutnya sendiri, menjahit pakaian, menziarahi orang yang sakit dan memenuhi undangan sama ada orang kaya mahupun orang miskin
- Tempat tidurnya diperbuat daripada kulit yang diisi dengan pelepah kurma
- Baginda tidak banyak memiliki kesenangan dunia walaupun Allah SWT memberikjannya kunci-kunci kekayaan dunia, akan tetapi Baginda memilih akhirat
- Baginda orang paling banyak berzikir dan berfikir. Sebelum tidur Baginda sentiasa berwuduk dan berzikir hingga lena
- Tidak pernah ketawa besar tetapi hanya tersenyum
- Baginda gemar bergurau akan tetapi tidak mengatakan kecuali yang benar dan tidak pernah ketawa berdekah-dekah
- Sentiasa berlaku lemah lembut terhadap para sahabatnya dan tidak pernah melunjurkan kaki di hadapan sahabatnya
- Memuliakan orang-orang yang dimuliakan kaumnya dan mengangkatnya menjadi pemimpin mereka
- Ringan tulang dan memberikan pertolongan kepada orang lain sekalipun diri sendiri berada di dalam kesusahan
- Baginda tidak berasa hina membantu hamba, orang susah dan fakir miskin
- Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya
- Suka memanggil isteri-isteri dan sahabat-sahabatnya dengan gelaran yang baik sebagai menghormati mereka
- Suka memakai pakaian yang berwarna putih dan lengan bajunya sentiasa berkancing
- Apabila berhadapan sesuatu yang merunsingkan hatinya atau menyebabkannya marah, Baginda hanya mengusap janggutnya dan diam
- Baginda merupakan seorang yang suka menziarahi orang sakit dengan doa agar segera sembuh
- Baginda berjalan dengan cepat serta sentiasa tunduk ke Bumi
- Sering memberi salam kepada kanak-kanak dan suka berjenaka dengan mereka
- Sangat mementingkan kebersihan dan meminta sahabat untuk menjaga kebersihan dengan membersihkan halaman rumah
Rusydi Ramli Al-Jauhari Biografi Agung Rasulullah SAW (2012)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan