Sekiranya ada orang berkata yang dia benar-benar ikhlas apabila melakukan sesuatu atau membantu meringankan kesusahan orang lain, pengakuannya itu belum menggambarkan keikhlasan yang sebenar. Nilai ikhlas itu adalah urusan Allah, begitu juga hanya Allah yang tahu kekhusyukkan hamabaNya ketika solat. Ajaklah dan ingatkan orang lain untuk khusuk tetapi bukan mengaku sudah khusyuk. Namun begitu keikhlasan boleh dilihat dari cara tuturkata seseorang dan juga bahasa badannya. Begitu juga orang yang mampu khusyuk dalam solatnya juga boleh dilihat dari tuturkata, senyum tawa, cara bergurau senda, tingkah lakunya, bahasa badannya, emosinya, ketegasan dan terseerlah ketinggian tawaduk. Orang yang sentiasa khusyuk akan melahirkan sifat ikhlas. Tetapi sebaliknya jika sekadar melafazkan dan mengaku ikhlas tidak akan menghasilkan kekhusyukkan. Ikhlas yang paling tinggi ialah ketika memberi penumpuan sepenuhnya beribadah kepada Allah SWT terutamanya solat kerana hanya Allah yang tahu akan kekhusyukkan kita. Yakinlah khusyuk semasa solat pemangkin kepada kita untuk khusyuk bertilawah Al-Quran, puasa yang berkualiti, haji yang mabrur, doa wirid yang khusyuk dan dalam semua ibadah serta urusan kehidupan yang lain.Dr Yusof Abbas Bio-Mekanik Solat: Kaedah Kemahiran Khusyuk Melalui Fitrah Biologi dan Satu Kaedah Terapi (2007)
Rabu, 28 Ogos 2013
Khusyuk Itu Ikhlas
Lokasi:
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan