Jumaat, 30 Ogos 2013

Gerhana

Gerhana adalah fenomena alam yang berlaku sejak dahulu. Berbeza dangan tanggapan para saintis dan masyarakat awam, gerhana bukan sekadar kejadian semulajadi yang berlaku secara kebetulan sebaliknya gerhana ialah bukti kebesaran Allah SWT yang mengatur dan mentadbir seluruh alam semesta ini daripada yang sebesar-besar galaksi di angkasaraya sehinggalah kepada yang sekecil-kecil ulat di dalam batu.
Kejadian gerhana matahari dan bulan juga adalah hujah maut terhadap ateis, evolusionis dan materialis yangf mendakwa alam ini terbentuk secara kebetulan atau beranggapan bahawa alam ini berada dalam keadaan statik dan abadi. Sejak manusia mula bertapak di planet ini, gerhana lumrah diliputi dengan pelbagai unsur mistik, tahyul, khurafat dan ghaib dalam kebanyakan tamadun. Contohnya, mereka mengaitkan fenomena gerhana bulan atau matahari dengan kematian, peperangan, kebuluran, malapetaka dan kuasa jahat. Dalam masyarakat jahiliah, tafsiran liar yang menyimpang daripada logik akal memang berleluasa. Namun dalam zaman moden ini pun masih terdapat anggapan-anggapan dangkal mengenai sebab musabab terjadinya gerhana ini dan menghubungkannya dengan campur tangan mahkluk asing atau menganggapnya sebagai fenomena alam yang berlaku sendiri. Ini membuktikan bahawa khurafat gerhana ini tidak hanya berlaku pada zaman jahiliah sebelum kedatangan Islam, tetapi juga pada zaman jahiliah moden ini. Rasulullah SAW sendiri pernah mengalami situasi ini apabila berlaku gerhana matahari pada hari kematian anak lelakinya, Ibrahim. Masyarakat pada waktu itu, termasuk orang Islam, beranggapan gean Sainsrhana ini berlaku kerana matahari bersedih dengan kematian putera Baginda, sebagaimana kepercayaan mereka sebelum ini. Bagaimanapun Rasulullah SAW menjelaskan bahawa gejala gerhana itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kematian atau kelahira seorang manusia. Sebaliknya ia adalah tanda kebesaran Allah SWT. Sabda Baginda dalam khutbahnya selepas solat gerhana matahari pada hari tersebut, "Matahari dan bulan hanyalah dua daripada tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya tidak gerhana kerana matinya seseorang atau hidupnya. Apabila kamu menyaksikan fenomena gerhana ini hendaklah kamu bersolat dan berdoa sehngga ia terang kembali." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Allah SWT berfirman dalam surah al-Isra' ayat 59 bermaksud, "Kami kirimkan petanda-petanda (kebesaran) semata-mata untuk menggerunkan (hati hamba-hamba Allah SWT)."


Rohidzir Rais, Fuad Ismail, Mohd Wahid Abd Hanif  Ensiklopedia Solat: Kombinasi Fakta Hukum dan Sains (2011)

Tiada ulasan: