Isnin, 19 Ogos 2013

UAI LIVE (2)

Kereta Lamborghini, Porshce atau Ferrari, kalau terbakar lawa tak ? Kalau terbakar memang tak lawa langsung, hitam rentung. Ratu cantik dunia kalau muka dia tersembam dalam api selama 5 minit, keluar, dah tak jadi ratu cantik tapi jadi ratu zombie kampung pisang. Itu baru api dunia, Allah SWT telah beritahu pada nabi kita, Muhammad SAW. Api neraka itu adalah 70 kali ganda lebih panas dari api dunia. Dalam hadis Nabi SAW yang lain. Kalau ahli neraka diletakkan pada api di dunia, nescaya mereka akan tidur keranan sejuk ! 

Pahala yang paling sedikit walaupun membaca 1 huruf al-Quran, akan dibalas 10 pahala. Allah SWT yang Maha Kaya, tak kedekut, balasan amalan yang sedikit pun bila dapat masuk syurga, Allah SWT akan berikantanah seluas dari Syam sehingga ke Yaman. Diberi lagi 70 orang bidadari. Billionaire di oversea pun tak berani nikah lebih-lebih, bini satu jugak. Kita umat Islam amat bertuah jika dapat dimasukkan ke syurga.



Kartunis Athool Da'i Berhikmah Generasi Berhemah UAI (2013)

Tiada ulasan: