Khamis, 22 Ogos 2013

Matahari Pelita & Bulan Cahaya

Matahari penting bagi kehidupan didunia. Cahayanya diumpamakan seperti nadi bagi kehidupan dibumi kerana hampir kesemua jenis hidupan dibumi ini memerlukannya dan memanfaatkannya melalui proses fotosintesis. Di dalam al-Quran matahari disebut sebagai objek yang menegeluarkan cahaya dan bulan bersinar kesan daripada cahaya matahari itu.
Dalam surah al-Furqan ayat 61, Allah menjelaskan, "Maha suci Allah yang menjadikan dilangit gugusan bintang (buruj) dan menjadikan padanya siraaj dan bulan yang muniir." Hal yang sama ditekankan dalam surah an-Nabak ayat 13 yang bermaksud, "Dan kami yang jadikan siraajan wahhaaja (iaitu matahari)." Dalam surah an-Nuh ayat 15 hingga 16 pula Allah berkata, "Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah menciptakan tujuh langit bertingkat-tingkat dan Allah mencitakan pada langit-langit itu bulan sebagai nuur dan mataharo sebagai siraaj." Di dalam Hans Wehr: A Dictionary of Modern Written Arabic, siraj diertikan sebagai "lamp, light" yang bermaksud "pelita, lampu". Makna wahhaaja pula adalah "burn, blaze, flame" yang bermaksud "membakar, menyala, berapi". Justeru matahari sebagai siraaj dan siraajan wahhaaja mengeluarkan cahaya sendiri melalui proses tertentu yang berlaku didalamnya. Nuur diertikan sebagai "brightness, gleam, glow" yang bermaksud "bercahaya, menyilau". Muniir pula diertikan sebagai "luminous, radiant, shining" yang bermaksud "bercahaya, bersinar". Justeru bulan sebagai nuur dan muniir tidak mengeluarkan cahaya sendiri sebaliknya ia memantulkan cahaya matahari yang menimpanya. Ayat-ayat ini menjelaskan mengenai perbezaan antara matahari dan bulan dalam konteks cahaya yang dikeluarkan kedua-duanya. Mengikut Quran, matahari membakar dan dengan itu menegluarkan cahaya sedangkan bulan hanya bersinar iaitu menerima dan memantulkan cahaya. Kiasannya adalah seperti lampu dan cermin, lampu mengeluarkan cahaya sedangkan cermin hanya memantulkan cahaya. Justeru Said Hawa didalam al-Asas fi al-Tafsir berkata, "Matahari mengeluarkan cahaya sedangkan bulan memantulkan cahaya..." Kenyataan ini adalah selari dengan penemuan sains semasa kerana matahari adalah sebuah bintang sedangkan bulan adalah satelit. Seperti bintang-bintang yang lain, kestabilan matahari dan sinaran cahaya yang keluar daripadanya bergantung kepada tenaga yang mampu dihasilkannya. Tenaga ini terhasil melalui proses reaksi nuklear (nuclear fusion reactions) yang melibatkan hidrogen bertukar menjadi helium dibahagian dalamnya. Proses ini berterusan berbilion-bilion tahun lamanya. Manakala, bulan pula sebagai satelit tidak mengeluarkan cahaya sendiri.


 Dr Danial Zainal Abidin Quran Saintifik: Meneroka Kecemelangan Quran daripada Teropong Sains (2010)

Tiada ulasan: