Memaparkan catatan dengan label mukjizat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mukjizat. Papar semua catatan

Rabu, 21 Ogos 2013

Terbelah Bulan

Allah SWT berfirman di dalam surah al-Qamar yang bermaksud : "Telah dekat (datangnya) saat itu dan telah terbelah bulan." "Dari Anas bin Malik r.a. berkata sesungguhnya ahli Makkah meminta kepada nabi satu bukti kebenaran risalah yang dibawanya, iaitu Baginda menunjukkan kepada mereka bulan terbelah sehingga mereka melihat gua Hira' berada di antara keduanya." (Sahih Bukhari dan Muslim)
Orang Musyrikin Makkah ketika itu mencabar Nabi SAW, kalau ia benar maka tunjukkan kepada mereka satu bukti dengan terbelah duanya bulan yang berada di atas langit. Selepas itu datang kepada kami yang sebelah kanan dan masuk ke lengan jubah nabi, kemudian keluar dari lengan baju kiri manakala yang bahagian kiri masuk dari lengan belah kiri dan keluar dari lengan kanan. Para sahabat ketika itu begitu marah dengan permintaan yang melampau dan biadab. Nabi SAW menerima cabaran itu dengan tenang, lalu menadah tangan ke langit memohon keizinan dan bantuan Allah SWT, maka terbelahlah bulan. Semua orang terpegun melihat kejadian itu, ada di antara mereka yang beriman dan ada sebahagian yang mengatakan ini adalah sihir yang amat nyata.


Rusydi Ramli Al-Jauhari Biografi Rasulullah SAW (2012)

Khamis, 15 Ogos 2013

Mukjizat dari Al-Quran

Kehadiran Al-Quran ketika mana masyarakat Arab terlalu mengangungkan bahasa, kecantikan fasahah, balagah, dan Al-Bayan. Mereka menentang Al-Quran dengan kesenian bahasa. Lalu Rasulullah SAW meminta mereka untuk mendatangkan sesuatu yang setanding dengan Al-Quran. Mereka bersetuju kerana mereka menyangka bahawa Al-Quran itu adalah barisan kata-kata ilham Muhammad. Lalu mereka gagal kerana Al-Quran sebenarnya ada kuasa sendiri yang boleh melemahkan hujah selain Al-Quran.