Kehadiran Al-Quran ketika mana masyarakat Arab terlalu mengangungkan bahasa, kecantikan fasahah, balagah, dan Al-Bayan. Mereka menentang Al-Quran dengan kesenian bahasa. Lalu Rasulullah SAW meminta mereka untuk mendatangkan sesuatu yang setanding dengan Al-Quran. Mereka bersetuju kerana mereka menyangka bahawa Al-Quran itu adalah barisan kata-kata ilham Muhammad. Lalu mereka gagal kerana Al-Quran sebenarnya ada kuasa sendiri yang boleh melemahkan hujah selain Al-Quran.
Sebenarnya orang-orang musyrikin percaya dengan kehebatan Al-Quran, akan tetapi sengaja mencari alasan bahawa Al-Quran itu adalah ciptaan Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya Al-Quran sesuai untuk semua zaman kerana di dalam Al-Quran terkandung perkara yang telah, sedang dan akan berlaku. Ia merupakan panduan manusia hidup di dunia dan yang bakal menuju akhirat. Ia menceritakan keadaan orang yang terdahulu untuk panduan dan ikutan kita sepanjang zaman. Pernah berlaku suatu peristiwa sorang ulama diuji dengan kehebatan Al-Quran oleh seorang Nasrani seraya berkata, "Wahai ulama! Kalau betul apa yang ada di atas muka bumi ini tertulis di dalam Al-Quran, cuba ko nyatakan kepadaku secupak gandum boleh menghasilkan berpa keping roti?" Lalu ulama itu berkata,"Baiklah, esok akan aku khabarkan kepada kau." Pada keesokan harinya bertemulah kedua-dua orang tadi dan ulama tersebut terus berkata "Secupak gandum dapat menghasilkan 20 keping roti," dan Nasrani tadi bertanya, "Dari mana kau dapat jawapan ini." Ulama itu menjawab, "Aku bertanya kepada tukang pembuat roti." Lalu Nasrani tadi pun mempertikai jawapan ulama dan berkata, "Kau kata semua ada tertulis di dalam Al-Quran?" "Ya," kata ulama tadi dan membacakan sepotong ayat Al-Quran di dalam surah al-Nahl ayat 43 yang bermaksud "....tanyalah kepada orang yang mahir sekiranya kamu tidak mengetahui." Inilah yang tertulis di dalam Al-Quran. Akhirnya Nasrani tadi mengaku kehebatan Al-Quran dan terus menerima Islam sebagai agama. Al-Quran juga mempunyai kehebatan yang mampu melemahkan akal fikiran semata-mata tetapi akal dapat dikuatkan denagn bantuan Al-Quran. Ia dicapai oleh akal seperti apa itu roh? Bagaimana seksaan kubur? Bagaimana keadaan syurga dan neraka? Al-Quran merupa mukjizat yang kekal hinggga hari ini, cuma malangnya umat Islam telah melupakan kehebatan Al-Quran.
Rusydi Ramli Al-Jauhari Biografi Agung Rasulullah SAW (2012)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan