Khamis, 17 Oktober 2013

Informasi Terkini, Maklumat Sensasi

Media massa memainkan peranan yang sangat penting dalam pembentukan minda sebuah masyarakat. Kemajuan pesat sistem komunikasi daripada surat bersampul dan telefon sehingga kepada sistem pesanan ringkas, e-mel, internet malah satelit tanpa sempadan, memberikan ruang lebih luas untuk penyebaran maklumat kepada seluruh masyarakat dunia. Kepentingan menguasai media telekomunikasi yang ada kini sangat dititikberatkan Islam. Ini kerana tanpa alat bahantara ini, mesej Islam tidak mungkin dapat disampaikan kepada kumpulan sasaran. Malah, kegagalan umat Islam memanfaatkan teknologi ini hanya menyebabkan Islam terus menjadi bahan lelucon, provokasi dan diputarbelitkan tanpa ada ruang untuk menjawab atau mempertahankan diri.



Khutbah yang disyariatkan sejak dahulu sebenarnya satu bentuk media untuk menyampaikan dan menyebarkan risalah Islam disamping berperanan besar menangkis propaganda dan kritikan negatif orang luar terhadap Islam. Khutbah Jumaat yang dilakukan setiap minguu misalnya, adalah kesempatan terbaik untuk pemerintah Islam atau imam untuk membahaskan isu-isu semasa yang berlaku dalam minggu tersebut. Oleh sebab pada hari ini semua orang Islam berkumpul semua isu sensasi dalam politik, ekonomi, seni, antarabangsa dan masyarakat dapat dijawab berdasarkan syariat. Begitu juga khutbah yang dilakukan selepas solat hari raya dua kali setahun. Isu-isu tahunan boleh dimainkan untuk membuka minda jemaah yang terdiri daripada mereka yang berasal dari merata tempat tetapi berkumpul pada hari kebesaran Islam itu.

Selain itu, penyampaian khutbah hendaklah dioptimumkan dari segi isi kandungan yang sensasi serta penyampaian yang memukau Penggunaan layar putih yang memaparkan persembahan slaid berkomputer berkaitan topik khutbah yang disampaikan, banyak membantu khatib menjelaskan kandungan khutbahnya kepada jemaah. Selain  itu juga khutbah yang disampaikan juga boleh dirakam untuk disebarkan kepada orang lain seluruh dunia dalam bentuk kaset, video, MP3 dan MP4 serta boleh dimuatkan ke laman web dan blog untuk disaksikan leh orang Islam disetiap pelosok rantau.

Syarat-syarat Khutbah :-

  1. Khatib hendaklah berdiri
  2. Sebelum solat Jumaat (selepas solat hari raya, gerhana & Istisqa')
  3. Suci
  4. Tutup aurat
  5. Lelaki
  6. Duduk antara dua khutbah
  7. Membaca rukun-rukun khutbah dalam Bahasa Arab
  8. Berturut-turut (antara khutbah pertama dan kedua dan antara dua khutbah dan solat)
  9. 40 orang jemaah
Sunat-sunat Khutbah :-
  1. Khatib diatas mimbar
  2. Khatib memberi salam
  3. Menghadapkan wajah kearah khatib
  4. Lafaz penutup khutbah kedua
  5. Suara kuat
  6. Conding ke kiri
  7. Pendekkan khutbah
  8. Jemaah diam


Rohidzir Rais, Fuad Ismail & Mohd Wahid Abd Hanif Ensiklopedia Solat: Kombinasi Fakta Hukum dan Sains (2011)

Tiada ulasan: