Isnin, 28 Oktober 2013

Fitrah Biologi Emosi

Dari Saidatina Aisyah r.a. "Rasulullah SAW seperti tidak mengenali kami ketika hampir masuk waktu solat dan kami juga tidak mengenali Baginda." Begitulah keadaannya emosi Baginda Nabi SAW dan juga para sahabat apabila hampir masuk waktu solat. Mereka 'mementingkan diri sendiri' ketika hampir masuk waktu solat.

Sebagai perbandingan, secara fitrah biologi emosi saraf autonomik akan terangsang apabila emosi berada dalam ketakutan dan gementar seperti apabila akan memasuki dewan peperiksaan, akan ditemuduga, akan berjumpa orang penting di mana badan akan berpeluh, sejuk tapak tangan, terasa ingin buang air besar atau kecil, peru sebu atau hati merasa kecut.

Inilah yang dirasai oleh Rasulullah SAW dan para sahabatnya apabila tahu akan 'berjumpa' dan berkomunikasi dengan Allah SWT ketika solat. Apabila solat telah menjadi agenda penting ia akan dilaksanakan sebaik mungkin dan melupakan terus perkara-perkara lain yang kurang penting. Maka berusahalah untuk solat berjemaah, mengambil wuduk secara sempurna dan tidak berbual-bual. Sebelum solat, kita mula memberi tumpuan kepada azan yang berkumandang. Berlatihlah menghayati seruan azan yang membesarkan Allah, seruan mengajak untuk solat dan mencapai kejayaan yang kekal. Elakkan sebarang perbualan dengan rakan-rakan juga elakkan dari berkomunikasi dengan telefon bimbit selepas berwuduk.

Cuba khusyuk ketika solat sunat qabliah dan jika msih berbual-bual selepas iqamah, peluang untuk tidak khusyuk sangat tinggi dan membaca surah An-Naas beberapa kali sebelum dan selepas iqamat. Inilah masanya kita mengambil 'mood' untuk khusyuk. Secara praktikalnya kaedah ini kelihatan agak ideal, tetapi itulah dia manusia secara fisiologinya amat mudah terganggu fikiran dengan perkara yang remeh temeh. Jika kita mampu disiplinkan diri untuk masuk dewan peperiksaan dan menjalani temuduga mengapa tidak kita disiplinkan diri untuk menghadap Allah SWT ?



Dr Yusof Abbas Biomekanik Solat: Kaedah Kemahiran Khusyuk Melalui Fitrah Biologi dan Satu Kaedah Terapi (2007)

Tiada ulasan: