Selasa, 6 Ogos 2013

Yang Maha Pengasih & Penyayang

Pesan Imam Al-Ghazali Hujjatul Islam berkaitan dengan kasih sayang:"Sesungguhnya seorang hamba dapat sahaja mengambil baharian dari sifat kasih sayang (rahmat) Allah SWT, yang bersifat Ar-Rahim, denagn cara: kasih dan sayang kepada sekalian hambaNya, yakni menasihati dan mengingatkan orang yang lalai, memalingkan mereka dari kesesatan kepada jalan yang lurus dan terang dengan cara lemah-lembut dan sopan, tidak kasar; memandang ahli maksiat dengan pandangan kasihan, tidak dengan pandangan benci; menganggap segala maksiatyang dilakukan oleh manusia, disebabkan kelalaiannya juga. Maka ia mesti berusaha mencegah dan membanterasnya sekuat tenaga, oleh kerana takut mereka dimurkai Allah SWT sehingga kelak mendapat azab yang pedih dari Allah SWT. Demikian juga dengan Imam Ghazali rahimullah berkata:"Bahagian seorang mukmin dari sifat Rahim Allah SWT adalah: Bahawa dirinya tidak pernah membiarkan orang yang memerlukan bantuan, kecuali ia membantunya, sesuai dengan kemampuanNya; tidak pernah membiarkan orang miskin kecuali ia membantunya dengan hartanya atau dengan menyuruh orang lain untuk membantunya. Dan jika tidak mampu berbuat apa-apa, ia bantu mereka dengan doa, atau paling tidak menunjukkan rasa simpati padanya.


 Dr Hamzah Nashruq, Abdul Hafizh Farghali, Dr Abdul Hamid Mustafa Ensiklopedia Asmaul Husna 99 Nama Allah Khazanah Intelektual (2011)

Tiada ulasan: