Rabu, 7 Ogos 2013

Seksaan Bagi Orang yang Meninggalkan Solat

6 Seksaan semasa hidup di dunia :
  1. Umurnya tidak berkat
  2. Akan dihapuskan tanda-tanda orang soleh daripada mukanya
  3.  Tiap-tiap amal yang dikerjakan tiada diberikan pahala kepadanya
  4. Segala doanya tiada diperkenankan oleh Allah
  5. Dia dibenci oleh segala makhluk di dunia
  6. Tidak ada baginya bahagian daripada doa untuk orang-orang soleh 

3 Sekasaan ketika hendak mati : 
  1. Mati dalam kehinaan
  2. Mati dalam keadaan yang sangat lapar
  3. Mati dalam keadaan dahaga yang amat, sehinggakan jika dituangkan ke tekaknya semua air laut di dunia ini, dia tetap berasa dahaga
3 Seksaan di alam kubur : 
  1.  Kuburnya disempitkan
  2. Dinyalakan api, yang mana dia akan membalik-balikkan dirinya dalam bara api itu
  3. Allah mengarakahan ular yang besar, dinamakan "Shajrul Akrak", untuk menyeksa si mayat. Ular itu akan berkata,"Sesungguhnya aku telah disuruh oleh Tuhanku untuk memukul engkau dari Subuh hingga Zuhur, sebab engkau sia-siakan waktu Asar..." Begitulah seterusnya setiap hari, siang dan malam, sehingga hari kiamat
3 Seksaan di hari kiamat :
  1.  Allah memerintah malaikat azab menghela orang yang tidak solat itu ke dalam neraka
  2. Allah menilik pada orang yang tidak solat itu dengan tilikan yang murka
  3. Allah akan mengira orang yang tidak solat itu dengan kiraan yang paling berat dan terus disumbatkan ke dalam neraka, sebagaimana firmanNya yang bermaksud."Apa yang membawa kamu ke neraka ?" Mereka menjawab,"Kami tidak solat." 
Rohidzir Rais, Fuad Ismail, Mohd Wahid Abdul Hanif Ensiklopedia Solat: Kombinasi Fakta Hukum dan Sains (2011)

Tiada ulasan: