Memaparkan catatan dengan label kejadian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kejadian. Papar semua catatan

Rabu, 11 September 2013

Kegelapan Yang Tiga

Keselamatan janin dalam rahim dijamin oleh Allah. Dalam surah az-Zumar ayat 6 Allah menjelaskan, "Dia menjadikan kamu di dalam rahim ibumu kejadian demi kejadian dalam kegelapan yang tiga." Di dalam kitab al-Asas fi al-Tafsir oleh Said Hawa disebutkan, "Kegelapan yang tiga adalah kegelapan yang berkaitan dengan abdomen, rahim dan uri." Pendapat ini dinukilkan oleh Ibn Kathir daripada Abdullah bin Abbas, Mujahid dan Ikrimah. endapat ini menarik kerana perkataan-perkataan "kegelapan yang tiga" tidak ditafsirkan dalam bentuk yang abstrak malah dikaitkan dengan fizikal manusia yang disaat difaham secara umumnya.
Kedudukan janin dalam "kegelapan yang tiga" selari dengan penemuan sains moden. Profesor Keith L. Moore, pakar dalam bidang anatomi manusia dari Universiti Toronto, Kanada, berpendapat janin memang hidup dalam tiga tutupan atau kegelapan. Tutupan pertama adalah kulit abdomen atau the anterior abdominal wall, kedua adalah dinding rahim atau the uterine wall dan ketiga adalah selaput yang menutupi janin secara langsung atau the amniochorionic membrane. Hal ini dilaporkan dalam The Journal of he Islamic Medical Association (1986) Volume 18, bulan Januari-Jun.
Kesemua kenyataan Quran ini mengagumkan kerana mengikut sejarah, hanya selepas mikroskop dicipta pada abad ke-17 oleh Leeuwenhoek sahaja, kajian mendalam berkenaan proses kejadian bayi dapat dilakukan. Namun kefahaman yang betul dan terperinci berkenaan tahap-tahap kejadian ini hanya diketahui pada abad ke-20 oleh Streeter pada tahun 1941 dan kemudiannya dilengkapkan oleh O'Rahilly pada ahun 1972. Hal ini dilaporkan dalam The Journal of the Islamic Medical Association (1986) Volume 18 oleh Profesor Keith Moore. Justeru, apabila Quran menjelaskan terperinci mengenai proses perkembangan embrio lebih daripada 1400 tahun dahulu semasa tidak ada manusia yang mampu mengetahui mengenainya, ia membuktikan dengan jelas al-Quran adalah wahyu daripada Allah.

Dr Danial Zainal Abidin Quran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan Quran daripada Teropong Sains (2010) 

Selasa, 13 Ogos 2013

Kekaguman Seorang Saintis

Antara saintis yang kagum dengan kenyataan Quran adalah profesor Yoshihide Kozai darpada Universiti Tokyo, Jepun. Beliau adalah pengarah National Astronomical Observatory di Mikata, Tokyo, Jepun. Beliau ditunjukkan ayat-ayat Quran yang menceritakan berkenaan kejadian langit dan bumi. Selepas mengkaji ayat-ayat itu beliau merasakan seolah-olah ayat-ayat itu diceritakan oleh seorang yang melihat kejadian alam ini di peringkat tertinggi. Kuasa yang menceritakan kejadian ini mampu melihat kesemua apa yang berlaku. Berhubung dengan kejadian langit dan bumi daripada asap, beliau berpendapat penemuan-penemuan semasa menunjukkan fenomena ini memang benar-benar berlaku. Alam sebelum ini memang wujud dalam bentuk gumpalan asap. Daripada gumpalan asap itu lahirlah bintang-bintang dan kelahiran itu menjadi batu asas kepada kelahiran alam ini. Akhirnya beliau berkata, "Saya kagum dengan fakta-fakta astronomi yang terdapat di dalam Al-Quran. Dengan membaca Quran yang menjawab persoalan-persoalan yang timbul, saya rasa saya akan menemui cara untuk mengkaji alam semesta pada masa akan datang."
Dr Danial Zainal Abidin Quran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan Quran daripada Teropong Sains (2010)