Rabu, 18 September 2013

Cas Bateri !

Sebahagian besar dari kita memiliki telefon bimbit. Dan hampir setiap hari kita mengecas bateri telefon masing-masing, paling tidak sekali sehari. Semakin kerap diguna semakin cepat hilang kuasa bateri. Habs kuasa bateri, tidak berfungsilah telefon itu. Apakah rasanya sehari anda tanpa telefon ini ?

Jika hati ini umpama bateri telefon tadi yang "wajib" dicas semula, sehari kita juga wajib mengecas hati kita lima kali sehari. Rupanya hati kita lebih lemah dari bateri tadi. 

Itulah seninya solat untuk menjaga hati-hati manusia yang sentiasa dirangsang siang dan malam. Bukan sahaja dirangsang dengan perkara buruk, tetapi juga dengan perkara baik sehingga menjurus kepada perasaan riak dan ujub. Kita mengetahui syaitan amat bijak dan mengolah perkara baik sehingga merosakkan solat. Terdapat maksud hadis Nabi SAW yang mengumpamakan solat lima waktu ini seperti orang yang mandi lima kali sehari, tentulah tiada kotoran yang melekat ditubuhnya. Tetapi jika bateri tadi hanya dicas untuk beberapa ketika sahaja atau kita mandi tidak sempurna, adakah akan tercas bateri tadi atau bersihkan badan kita selepas mandi ? Solat yang gagal khsyuk pastinya gagal mengecas hati dan masih terlekat kotoran jahiliyah. Fikirkanlah.....



Petikan dari Biomekanik Solat: Kaedah Kemahiran Khusyuk Melalui Fitrah Biologi dan Satu Kaedah Terapi nukilan Dr Yusof Abbas (2007)

Tiada ulasan: