Penghormatan yang Allah berikan kepada golongan yang suka mengkaji alam sehingga menggelar mereka sebagai Ulul-Albab. Ia adalah rangsangan yang istimewa daripada Allah supaya umat Islam mendekati alam bagi mengkajinya. Dengan ketaqwaan mereka kepada Allah akan meningkat. Secara khusus, antara ciri yang terdapat pada Ulul-Albab adalah suka mengkaji dan bertafakur mengenai penciptaan langit dan bumi. Ayat 190 dalam surah Ali-Imran berhubung Umul-Albab merangsang umat Islam supaya menjadi saintis. Saintis yang mahu dihasilkan mengikut formula Al-Quran adalah saintis yang mengingati Allah dimana sahaja dia berada. Al-Quran sememangnya mahu umat Islam memiliki minda yang saintifik dimana minda yang kuat berfikir, kritikal, mampu menganalisa data dan fakta serta mampu membuat andaian dan kemudiannya konklusi kepada apa yang dicerap. Minda saintifik juga menolak sebarang laporan dan pandangan yang tidak berlapikkan bukti dan dalil. Ayat 36 dalam surah Al-Isra' menerangkan "Janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan mengenainya" mengukuhkan lagi pernyataan diatas.
Dr Danial Zainal Abidin Quran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan Quran daripada Teropong Sains (2010)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan