Ahad, 8 September 2013

Sifat Tawaduk Rasulullah SAW

Baginda SAW adalah seorang manusia yang paling tawaduk walaupun Baginda merupakan kekasih dan Nabi Allah SWT. Baginda juga tidak suka dipuji sebagaimana yang diceritakan oleh Sayidina Umar Al-Khattab didalam sebuah hadis :
Janganlah kamu memuji aku berlebih-lebihan seperti kaum Nasrani memuji Nabi Isa ibn Maryam. Sesungguhnya aku hanyalah hamba Allah. Maka kami semua menyebut: Hamba Allah dan rasulNya. (Hadis Riwayat At-Tarmizi, Bukhari, Ahmad dan Abu Dawud)
Banyak hadis yang menceritakan tentang sifat tawaduk Nabi SAW antaranya :

  1. Nabi SAW yang akan pergi menemui orang yang berhajat kepadanya, bukan orang yang berhajat itu datang menemui Baginda SAW
  2.  Baginda SAW pernah memenuhi undangan seorang hamba, ketika itu Baginda hanya menunggang seekor keldai yang pelananya diperbuat daripada sabut
  3. Baginda SAW menunaikan ibadah haji hanya dengan menunggang unta yang pelananya sudah usang dan dilapik dengan baldu yang harganya tidak sampai empat dirham sebagaimana yang dicerita oleh Anas bin Malik
  4. Baginda SAW tidak akan menghampakan undangan walaupun makanan yang dihidangkan hanya roti dan lemak lembu yang sudah hampir basi
  5. Baginda SAW tidak suka para sahabat bangun bagi menghormatinya apabila Baginda mendatangi mereka. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa, "Tidak seorang pun yang lebih dicintai oleh para sahabat melainkan Rasulullah SAW. Tetapi bila Baginda datang, mereka tidak bangun kerana mereka mengetahui bahawa Baginda SAW tidak suka dihormati begitu."
  6. Baginda SAW adala manusia biasa, Baginda merendam pakaian, memerah susu kambing dan urusan peribadinya sendiri walaupun Bagnda mempunyai ramai isteri dan khadam (pembantu)



Dipetik daripada Biografi Agung Rasulullah SAW tulisan Rusydi Ramli Al-Jauhari (2012)

Tiada ulasan: