Rabu, 13 November 2013

Ramai Pengajar, Sedikit Pendidik

Diskusi perbezaan makna antara "tahu" dan "sedar" *S=Soalan, J=Jawapan

J : Tahu di akal sedar di hati.
S : Maaf, tak jelas. Apa maksudnya ?
J : Dengan akal kita mnegetahui sesuatu tetapi hanya dengan hati kita menyedarinya.
S : Masih kabur...
J : Kebanyakan manusia tahu dia hamba Allah tetapi tidak sedar di hamba Allah. Akibatnya ramai manusia sanggup melakukan kejahatan walaupun tahu sebagai hamba Allah tidak sewajarnya dia berbuat demikian. Itulah akibat hanya tahu tapi tak sedar. Dan itu jugalah punca orang melakukan kejahatan walaupun ilmu agamanya melangit. Belajar tauhid sekadar hafalan bukan penghayatan.
S : Bagaimana kita nak sedar ?
J : Pindahkan ilmu yang dikepala ke dalam hati. Kita mestilah mendidik bukan sekadar mengajar.
S : Apa bezanya mendidik dan mengajar ?
J : Mendidik ialah dengan mengajak, mendorong, membimbing dan memantau. Mengajar pula dengan memberitahu, memahamkan dan menyampaikan.
S : Boleh berikan contoh ?
J : Mengajar sembahyang ialah dengan menyampaikan ilmunya tentang sah, batal, rukun dan syarat. Hasilnya kita tahu sembahyang. Mendidik lebih kepada mengajak sama-sama bersembahyang dengan menjadi role-model. Jika malas, kita dorong, jika salah, kita perbetulkan.
S : Oh, mahu bersembahyang, bukan sekadar tahu sembahyang. Saya pernah dengar ungkapan Inggeris - 'I need to pray' berbanding 'I have to pray'. Macamana tu ?
J : I need to pray lebih baik kerana datang dari kerelaan manakala I have to pray lebih kepada paksaan. Ibadah dengan rela lebih baik dengan terpaksa.
S : Bagaimana dengan paksa rela ?
J : Mendidik manusia begitulah. Mula-mula paksa dulu, lama-lama insyaallah timbul rela. Alah bisa tegal biasa. Itulah prinsip mendidik. Pertama menyampaikan, kedua membimbing. Jika belum berkesan, tingkatkan dorongan. Jika belum juga berjaya, baru guna hukuman. Paksa. Bahkan, dibolehkan memukul. Bukan untuk menyakiti tetapi mendidik.



Pahrol Mohd Juoi Beduk Diketuk (2011)

Rabu, 6 November 2013

Rasulullah SAW Dibaling Batu

Ketua Bani Thaqif mengheret Zaid bin Harithah dan Nabi keluar dari Bustan at-Thaqif (Taman Thaqif). Penduduk yang sejak awal berkumpul di sekeliling Nabi menolak-nolak Nabi. Anak-anak muda yang lebih agresif membaling Nabi dengan batu. Batu-batu ini melukakan kepala, badan dan kaki Bagida.

Selasa, 5 November 2013

Kesesatan Kerana Memperkecilkan Solat

Golongan yang memperkecilkan solat adalah golongan yang sesat. Dalam surah Maryam ayat 59 Allah menyatakan, "Maka datanglah selepas mereka pengganti (yang keji) yang mensia-siakan solat mereka serta mengikut hawa nafsu, maka kelak mereka akan menemui kesesatan."

Jumaat, 1 November 2013

Segmen Giveaway Sempena Awal Muharam by KecikbesO

Asalamualaikum salam kepada semua blogger gugurl dan boboy kat luar sana, sempena hari pertama kecikbeso beroperasi dengan format yang berbeza berbanding kecikbeso yang dulu. Kami membuat segmen giveaway ini kerana keistimewaan Awal muharam yang akan di sambut pada 5 november 2013 ini dan Dengan lafaz Bismillah kami melancarkan "Segmen giveaway sempena Awal Muharam by KecikbesO".

Syarat segmen ni simpel sangat:

- Buat satu entri bertajuk "Segmen giveaway sempena Awal Muharam by KecikbesO"
letakkan banner yang tak seberapa tuh dan backlink kan ke sumber di hujung entri.
- Follow blog Kecikbeso + Google plus 
- Like fanpage 
- Tinggalkan link dalam kotak komen.
- 1 Pemenang akan menerima Topup Rm 10
tamat tempoh pada 15 november 2013

Khalwat & Padahnya

Islam mengharamkan lelaki dan wanita yang tidak berkahwin duduk berdua-duaan apatah lagi di tempat yang tersembunyi kerana ia boleh mendatangkan fitnah dan masalah. Hukum Islam ini begitu relevan dengan suasana pada hari ini sebagai contoh, di Amerika 57% daripada kes-kes rogol berlaku ke atas wanita yang sedang bertemu janji dengan pasangan lelakinya. Hal ini dilaporkan oleh Rape and Abuse Crisis Center of Fargo-Moorhead (2004).