Sabtu, 26 Oktober 2013

Perlukah Khatan Wanita Dilakukan?

Ulama Islam berbeza pendapat berhubung dengan amalan ini, ada yang mengalakkannya dan ada yang menentangnya. Yang paling ketara adalah, nas berhubung dengannya adalah tidak sahih, justeru ia bukanlah suatu amalan yang penting. Perkara yang lebih penting dan perlu diutamakan adalah penjagaan hak-hak wanita, pendidikan dan pemeliharaan kehormatan mereka.

Dr Yusof Qardawi di dalam Fatawa Muasirat berpendapat, semuanya bergantung kepada ibu bapa anak-anak itu. Jika mereka hendak mengkhatankan anak perempuan mereka , ia diharuskan dan sebaliknya jika mereka enggan melakukannya ia tidaklah menjadi suatu kesalahan. Walaubagaimanapun, bagi mereka yang cenderung mengkhatankan anak-anak perempuan mereka beliau menasihatkan supaya dikhatankan sedikit sahaja daripada kulit berdasarkan kata Nabi yang bermaksud, "Potonglah sedikit sahaja dan janganlah sampai ke akarnya kerana ia mengelokkan wajah dan menyenangkan hati suami." Hadis ini merupakan sebuah hadis yang daif.

Walaubagaimanapun, sekiranya pendekatan yang digunakan bagi berkhatan dapat mendatangkan  kemudaratan ke atas wanita ataupun dilakukan oleh mereka yang tidak berautoriti, ia sepatutnya dilarang ataupun diharamkan. Hal ini adalah berdasarkan kata Nabi yang diriwayatkan oleh Ahmad Ibnu Majah yang bermaksud, "Jangan lakukan sesuatu yang boleh mendatangkan kemudaratan..."


Dr Danial Zainal Abidin Quran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan Quran daripada Teropong Sains (2010)

Tiada ulasan: